" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 February 2010

Ancaman Buruk Jika Osama Dibunuh

NEW YORK - Anak lelaki kepada Osama bin Laden, Omar bin Laden memberi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menghadapi ancaman lebih besar dan ganas jika bapanya dibunuh.

"Berdasarkan apa yang saya tahu mengenai bapa dan orang di sekelilingnya, dia adalah seorang yang paling baik dalam kalangan mereka. Ini kerana ramai lagi rakan dan pengikutnya yang lebih kejam," katanya.

Menurutnya, ramai pengikut-pengikut Osama memiliki mentaliti untuk melakukan lebih banyak keganasan dan mencipta pelbagai masalah.

Omar menarik perhatian ramai apabila mengkritik Osama secara terbuka dengan lantang menentang falsafah jihad dibawa bapanya itu.:

Baru-baru ini, Omar sekali lagi mengecam Osama ketika mengulas rakaman audio bapanya yang memuji cubaan berani seorang pengebom untuk meletupkan pesawat Detroit pada Krismas tahun lalu.

"Menyerang orang awam adalah tidak adil dan sukar diterima. Jika anda ada masalah dengan tentera atau kerajaan, anda patut menentang mereka," katanya.

Omar berkata, bapanya sepatutnya mencari atau menghantar surat kepada pengikutnya untuk memberitahu mereka supaya tidak menyerang orang awam.

Dia percaya rakyat Afghanistan tidak akan menyerahkan Osama walaupun AS menawarkan ganjaran AS$25 juta (RM85 juta) jika suspek ditangkap hidup-hidup atau dibunuh.

(SinarHarian)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA