" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 February 2010

Majlis Tertinggi SUPP Sertai PR

Ketika gerombolan BN sibuk melobi dan cuba merasuah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk wakil rakyatnya agar melompat parti, pada hari ini pemimpin mereka pula yang berhijrah untuk menyertai Pakatan Rakyat. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing kepada erapakatan.com di sini hari ini.

Menurut Chiew, ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Wong Chin Yong secara rasminya telah meninggalkan parti lamanya itu untuk menyertai gagasan PR melalui DAP.

“Beliau memohon menyertai DAP sejak Jumaat lalu dan hasil mesyuarat kepimpinan parti (DAP) hari ini, kami sebulat suara bersetuju untuk menerima beliau,” katanya.

Beliau memberitahu, Wong Chin juga telah membayar yuran keahlian RM100 sekaligus menjadi ahli DAP seumur hidup.

“Kita juga tidak menawarkan apa-apa jawatan kepada beliau dan permohonannya untuk menyertai DAP diterima atas dasar komitmennya yang konsisten dalam perjuangan dan itu selari dengan dasar parti,” tambahnya.

Chiew yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kidurong menjelaskan, Wong Chin ialah seorang pemimpin kanan kepada Menteri Muda Sarawak, iaitu Dr. Soon Choon Teck dan ini pastinya akan memberi tekanan kepada SUPP yang dilanda krisis sejak akhir-akhir ini.

Untuk rekod, dalam pilihanraya negeri Sarawak 2006, SUPP kehilangan lapan kerusi Dun dan ia merupakan antara kekalahan terburuk dalam sejarah parti itu.

SUPP juga merupakan satu-satunya sekutu BN yang hilang kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU), 8 Mac 2008 serta dipingggirkan oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dalam rombakan kabinet negeri baru-baru ini walaupun parti itu merupakan rakan setia BN di Sarawak sejak sekian lama.

Sarawak dijangka akan berdepan dengan pilihanraya negeri dalam masa terdekat dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai telah menemui Taib Mahmud baru-baru ini. -erapakatan

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA