" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 February 2010

SMS Ajak Azan Sertai UMNO

Bekas Timbalan Pengerusi 2 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Azan Ismail mengakui pernah menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bekas Menteri Kabinet yang mengajaknya menyertai UMNO.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang jemputan rasmi yang dibuat dan beliau menyifatkan SMS yang diterimanya itu sebagai ’ingatan daripada seorang rakan’.

“Saya tidak mengambilnya (SMS) sebagai satu yang serius kerana tidak membabitkan sebarang tawaran secara rasmi.

“Saya menerima panggilan dan mesej sejurus selepas saya mengumumkan keputusan saya minggu lepas. Beliau (pemimpin UMNO) memang ada menghubungi saya tetapi melalui SMS. Beliau menunjukkan keprihatinan dan bertanya khabar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu bagaimanapun mengakui tidak akan membuat sebarang laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar ‘kawan baik’.

“Sebagai ahli PKR, saya tetap setia kepada PKR, meneruskan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota dan setia menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Cabang PKR Indera Mahkota,” katanya.

Di Petaling Jaya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha untuk ‘memikat’ beberapa Ahli Parlimen parti itu untuk menyertai UMNO menjelang sambutan Tahun Baru Cina ini.

Menurutnya, antara Ahli Parlimen itu adalah Azan dan Yusmadi Yusof dari Balik Pulau yang sebelum ini telah didampingi pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

“Disebabkan mereka tidak melayan tawaran itu, maka jumlah wang sebagai ganjaran tidak dibincangkan,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, semalam.

(SinarHarian)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA