Lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk member satu lagi peluang kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Tarikh baru yang diputuskan lembaga itu ialah 1 Mac. Ketika mengesahkan keputusan itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, tarikh baru itu juga telah dimaklumkan kepada Zulkifli.
“Beliau memaklumkan (kami) menerusi emel dan beliau telah dimaklumkan keputusan ini menerusi emel,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Saifuddin juga berkata hanya satu tarikh diperuntukkan kepada Zulkifli.
Difahamkan keputusan itu dicapai semalam bagi membolehkan Zulkifli diberikan masa yang mencukupi selepas mendakwa lembagai disiplin menetapkan mahu mendengar kesnya meskipun mengetahui beliau akan berada di Korea Selatan kira-kira seminggu.
Beliau berlepas ke Korea Selatan Selasa lalu dan hanya akan kembali ke tanah air Khamis depan.
Menurut Zulkifli, beliau dikehendaki menghadap lembaga disiplin sama ada semalam ataupun Selasa depan.
Zulkifli berkata beliau hanya bersedia untuk ditemui lembaga disiplin pada 28 Feb ataupun antara 1 dan 5 Mac.
Sambil mendakwa lembaga disiplin ‘sengaja’ memilih tarikh-tarikh itu sedangkan mengetahui akan berada di luar negara mulai 17 hingga 25 Feb.
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali semalam menafikan perkara tersebut sambil menegaskan Zulkifli memilih untuk “lebih mementingkan urusan peribadi” dengan berada di Korea Selatan.
“Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan peribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan lembaga disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak,” kata Syed Husin.
PKR juga menafikan pihaknya menghantar Zuklifli ke Korea Selatan untuk menghadiri Persidangan Kepimpinan Antarabangsa.
(TheMalaysianInsider)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
19 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2010
(601)
-
▼
February
(48)
- MALAPETAKA SEMAKIN MENDATANG
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI (28/02/2010)
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 25 Feb 2010
- Mahkamah Tolak Semakan Keputusan Peroleh Bahan Bukti
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 24 Feb 2010
- Polis Siasat Pemimpin Pakatan Rakyat
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 23 Feb 2010
- Wartawan Kanan India Persoal Perbicaraan Anwar
- Mengapa Ahli Parlimen Australia Bantah Malaysia?
- Amaran Anwar: Rakyat Akan Tolak BN
- AMK S'gor Saran Rumah Untuk Generasi Muda
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 20 Feb 2010
- Mac 1 Peluang Baru MP Zul Hadap Lembaga Disiplin
- Syed Husin: PKR Tidak Tahu Zulkifli Ke Korea
- Serangan BN Bukti PR Semakin Kuat
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 16 Feb 2010
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 13 Feb 2010
- Zahrain Tiada Sokongan Ahli Akar Umbi
- Ancaman Buruk Jika Osama Dibunuh
- DSAI: Perutusan Tahun Baru Cina 2010
- Kenyataan Media AMK Cabang Bayan Baru
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 11 Feb 2010
- Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya
- Taktik Tiga Serampang Umno Pecahkan PR
- Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI
- Seterusnya Hantar Anwar Ke Penjara?
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 09 Feb 2010
- Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry
- Solidariti Kepada Anwar Tetap Utuh
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 07 Feb 2010
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 06 Feb 2010
- Guan Eng Bidas Pihak Yang Tuduh Melayu PP Disisih
- FRU Siap Sedia
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 04 Feb 2010
- Perkembangan Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI
- Perbicaraan Anwar, Najib Dan Maruah Malaysia
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 03 Feb 2010
- Konspirasi 2: Fakta-Fakta & Bukti Yang Perlu Diren...
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 02 Feb 2010 (update)
- Munawar : Kenapa Institusi Kehakiman Malaysia Meng...
- Rakaman Sidang Media DSAI Di Mahkamah
- Anwar Mahu Sapena Najib dan Rosmah Sebagai Saksi
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 01 Feb 2010
- PKR Selangor Tetap Sokong Kepimpinan Guan Eng
- Majlis Tertinggi SUPP Sertai PR
- Kepada Semua Ahli AIC Dan Pendokong REFORMASI
- SMS Ajak Azan Sertai UMNO
- PR Anjur Dialog Antara Agama
-
▼
February
(48)
No comments:
Post a Comment