" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

25 February 2010

Mahkamah Tolak Semakan Keputusan Peroleh Bahan Bukti

Seperti diduga, permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusan mahkamah yang sebelum ini menolak permohonan memperoleh bukti utama perbicaraan kes konspirasi kedua, ditolak Mahkamah Persekutuan sebulat suara.

Antara bukti utama yang diperlu pasukan pembelaan bagi menjamin perbicaraan berjalan secara adil ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar panel tiga hakim diketuai Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan dua hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Mengulas keputusan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh meluahkan kekesalannya kerana semakan itu hanya didengar sekarang sedangkan perbicaraan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bermula.

Tanpa bukti utama itu, Karpal menyifatkan perbicaraan kes itu tidak wajar dan tentunya tidak mungkin dapat menjamin keadilan kepada Anwar.

Malah, beliau menganggap kehadiran tiga pakar forensik dan DNA dari luar negara terjejas berikutan mereka dapat berpeluang meneliti bukti tersebut.

Pada perbicaraan semakan itu, Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menyatakan mahkamah tiada kuasa menyemak keputusan kerana penghakiman Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Sedangkan, Karpal menegaskan mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

(TVS)

1 comment:

Anonymous said...

Tak apalah. Sekurang-kurangnya DSAI telah menggunakan semua saluran yang ada. Keputusan-keputusan mengenai perkara ini akan merupakan rekod kekal yang tidak boleh dipadamkan selama-lamanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya nanti,antara langkah penting ialah melakukan pembersihan secara menyeluruh sistem kehakiman kita. semua keputusan kehakiman yang tercemar perlu diperbetulkan. mana-mana hakim didapati mengkhianati perlembagaan dan undang-undang perlu diambil tindakan hatta yang telah bersara atau telah tiada.

Keadilan perlu ditegakkan kembali kepada mereka yang telah terainaya.


mat rock

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA