" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 February 2010

Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry

Mahkamah Persekutuan pagi ini mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Mahkamah berkenaan memutuskan perlantikan Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat setelah berpuas hati bahawa Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

(TVS)

1 comment:

Anonymous said...

Kejahatan UMNO amat terserlah sekarang. kalau aku jadi zamry aku tak nak jadi MB Perak. kerana aku perlu fikir hamba-hamba allah yang lain. Tahu kah UMNO selain dia patut taat kepada Sultan dia juga patut taat kepada allah. maka dia patut taat kepada hamba-hamba ALLAH. Sultan itu hanya 1(juga hamba Allah) tetapi hamba-hamba Allah ini ramai. HJ jamaluddin insaflah, jangan kau derhaka kepada hamba-hamba ALLAH ini sebagaimana kamu takut menderhaka kepada Sultan. Pembabitan UMNO di Perak bagi mejoriti Rakyat Perak adalah haram kerana jelas PRU 12, PR menewaskan BN. Jadi tolong jangan pertikaikan undian hamba-hamba Allah ini. Yang perlu dipertikaikan ialah 3 hamba ALLAH yg bersekongkol dng UMNO dan juga UMNO itu sendiri yang berpendirian songsang. Mereka adalah pengkhianat yang dilaknati Allah kerana menganaya majoriti rakyat Perak yang mana telah memberi mandat kpd PR. dan harus diingatkan UMNO patut bertanggungjawab. Majoriti rakyat yang tertindas ini adalah Islam dan mereka akan tuntut diakhirat ingat tu wahai Zambry, tanggung jawab itu amat berat wahai Zambry. Sebenar nya Nizarlah yang amat bertuah walaupun dia tewas didunia fana ini didepan mahkamah dunia namun tanggungjawabnya selesai untuk kes ini. aku tidak langsung pertikaikan Mahkamah, Aku ingin bertanya daripada 10 hakim, yang akan ke neraka adalah berapa? jadi kalau 5 pula? Ini adalah sabda nabi bukan!. Pagi tadi di Astro Awani, penganalisis ada mengatakan, kalau dilihat dari sudut perlembagaan Nizar akan menang namun kalau dilihat dari sudut politik masa kini maka Zambry akan menang. Jadi kita boleh nampak siapa yang baik dan siapa yang buruk. Zambry kau akan menunjukkan muka kau yang buruk itu selama kau menjadi MB Perak, tak malu kah kau kepada hamba-hamba Allah yang lain. Mungkin kau akan kata ‘lantak P la apa orang nak kata’ namun jikalau kau tak malu pada hamba-hamba Allah yang lain, jangan sekali-kali kau tidak malu pada Allah. Begitu juga pada melor45 dan HJ Jamaluddin malulah pada Allah kerana kita akan kembali pada nya.Pandang lah dari sudut rakyat jangan pandang dari sudut pemimpin kerana yang menjadikan pemimpin itu pemimpin adalah rakyat. Seorang dari India berkata kepada ku, Pemimpin Malaysia ni seperti orang India kalau dapat kuasa tak nak lepas biar pun orang tak suka. Nakkah kita dikatakan begitu sedangkan kita orang Melayu dari rumpun melayu bukan dari rumpun India.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA