" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 February 2010

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.

(TVS)

3 comments:

Unknown said...

semua mp bn dah dicucuk hidung ...macam mana nak undi...melayu sampai bila kamu hendak diperbodoh?

Anonymous said...

aku bingung, kita sekarang amalkan sistem pemerintahan apa ya! Demokrasi apa ya! sama je macam sistem aku dalam tentera dulu. Orang yang ada kuasa kira
2x2=5 jawapan nye betul, orang bawah kira 2X2=4 salah.

adf55650 said...

Jika keputusan memihak kpd Nizar, adakah persoalan ini akan timbul?

Mengapa Nizar merujuk kepada mahkamah pd awalnya jika dia tidak percaya pada sistem kehakiman?
Bukankah ini menunjukkan dia juga berniat membelakangi Undang-undang Tubuh Negeri?

Jika dilakukan undi tidak percaya dalam dewan dgn majoriti yang ada pada BN, mahukah PR menerima keputusan yang tidak memihak kpdnya?

Perancangan Anwar untuk memindahkan 30 wakil rakyat BN kedalam PR itu adakah amalan demokrasi?

Mengapa asyik menyebut tentang Suara Rakyat walhal majoriti rakyat tidak menyokong PR?

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA