" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 October 2010

Zaid Mahu Dakwaan Rahimi Disiasat

PETALING JAYA: Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mahu siasatan dilakukan pihak berkuasa berhubung dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman yang dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah.

"Dakwaan Rahimi perlu disiasat. Ia boleh jadi benar atau tidak. Maka siasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa perlu," katanya memberi reaksi kepada sidang akhbar dibuat Rahimi semalam.

Zaid yang juga pengamal undang-undang, berkata kes dakwaan Rahimi dengan kes penyiasat persendirian P Balasubramaniam adalah sama. P Balasubramaniam mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 lalu, sebelum melarikan diri ke luar negara.


"Kes Rahimi sama seperti PI Bala. Jika anda perlu menyiasat dakwaan Bala maka ia perlu dilakukan ke atas Rahimi juga.

"Tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," katanya yang juga ahli MAJLIS pimpinan PUSAT PKR.

Rahimi semalam melalui sidang medianya berkata beliau dipaksa menandatangani akaun bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

(FreeMalaysiaToday)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA