Gambar Reuters |
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut.
Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu.
Orang ramai boleh memperolehi maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-88892746, 03-88874570 atau Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 6221-5224947 atau 6221-52244971.
Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi semalam.
“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa,” kata Wisma Putra.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut bersedih di atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang dialami dalam gempa bumi dan tsunami itu.
“Sebagai sahabat Indonesia, Amerika Syarikat bersedia untuk menghulur bantuan dalam sebarang cara. Kami turut berdoa untuk rakyat Indonesia dan semua pihak yang terlibat di dalam tragedi ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di sini. — Bernama
No comments:
Post a Comment