" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 October 2010

Perkembangan Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI

Pasukan Pembelaan Mungkin Kemuka Permohonan Menghina Mahkamah Terhadap Rahimi Esok

SHAH ALAM 13 Okt - Pasukan pembelaan dalam perbicaraan Fitnah II mungkin akan membuat permohonan subjudis terhadap bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mahkamah esok bagi berhubung laporan polis yang dibuatnya mengenai penafian ke atas dua akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008.

Peguambela, Sankara Nair dalam emel kepada Suara Keadilan berkata langkah itu susulan daripada kenyataan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dan beliau sendiri mengenai perkara tersebut.


Sankara juga berkata perbicaraan Fitnah II juga akan bersambung semula esok bermula pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang dan hari Jumaat pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

"Ini adalah agar Datuk Seri Anar Ibrahim dan Karpal boleh menghadiri sidang Parlimen pada hari-hari tersebut," kata beliau.

Beliau juga memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil dua lagi saksi forensik untuk prosiding esok.

(SuaraKeadilan)

1 comment:

Anonymous said...

tukang bacuh kopi...kau pandai-pandai jawablah nanti bila karpal singh soal dlm mahkamah...disitu baru hang tau tinggi rendah mahkamah...berani kerana salah, takut kerana benar....

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA