" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 October 2010

T Junction, Bukan ‘U Turn’ – Shamsul Iskandar

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: "Ini bukan ‘U turn’ tetapi sampai ke ‘T Junction’. Ambil ke kanan boleh, ke kiri pun boleh. Oleh itu saya memilih untuk ke kanan iaitu memilih bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan ke kiri – Naib Presiden".

Demikian kata calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menepis laporan beberapa akhbar sebelum ini yang melabel beliau sebagai ‘Mr U turn’ apabila menukar pendirian daripada bertanding jawatan Naib Presiden kepada Ketua AMK.

"Saya tidak menyalahkan mereka (media) kerana pada saya itu tafsiran. Ketika saya mengumumkan kira-kira sebulan lalu untuk meminta rakan-rakan memberikan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, itu dibuat dengan hati yang cukup jelas.


"Memang kita tawar diri untuk mendapat pencalonan. Tetapi itu bukan ‘U turn’ tetapi ‘T Junction", kata beliau lagi ketika berucap di hadapan penyokong-penyokongnya selepas menyerahkan borang penerimaan pencalonan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya semalam.

Beliau juga memberitahu peluang kemenangan belum tentu memihak kepadanya walaupun beliau merupakan calon yang mempertahankan jawatan kerana faktor kelewatannya mengumumkan untuk bertanding merebut Ketua AMK.

‘Perlumbaan arnab dengan kura-kura’

Bagaimanapun beliau juga mengingatkan orang ramai kisah ‘perlumbaan arnab dengan kura-kura’ yang akhirnya dimenangi oleh kura-kura yang bergerak lebih perlahan berbanding arnab.

Selain itu beliau juga mahukan pertandingan ini dijalankan secara sihat dan dalam suasana kekeluargaan kerana bagi beliau, musuh sebenar adalah Umno dan Barisan Nasisonal.

Sebelum ini, Shamsul mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden apabila menerima jumlah pencalonan tidak rasmi kedua tertinggi bagi Naib Presiden.

Namun begitu, beliau menukar pendirian di saat-saat akhir bagi mempertahankan jawatan Ketua AMK.

(FreeMalaysiaToday)

1 comment:

Anonymous said...

senario a - sam sedang memandu keretanya menuju pejabat dari rumahnya. apabila tiba di simpang 3 ('t' junction), sam belok kanan, kerana itulah arah ke pejabatnya.

senario b - sam sedang menuju ke pajabat dari rumahnya. tiba di simpang 3 ('t' junction) sam perasan dia tertinggal hpnya. dia terpaksa buat 'u' turn untuk kembali ke rumahnya mengambil hpnya.

apa bengap sangat sampai tidak boleh bezakan di antara 't' junction dan 'u' turn?

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA