" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

23 October 2010

Agenda Sulit UMNO Aibkan Ku Li di Pilihanraya Galas?

UMNO mempunyai agenda tersembunyi melantik Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Umno-BN bagi pilihanraya kecil Galas dan ia berkait rapat dengan budaya menabur fitnah peribadi yang sinonim dengan parti berkenaan.

Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata UMNO tidak ubah seperti talam dua muka yang cenderong kearah kepura-puraan.

Beliau berkata, dalam pada UMNO sendiri menyerang dengan menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap calon PAS bagi pilihanraya kecil Galas, Dr Zulkefli Mohamad, perkara yang sama juga mungkin ditujukan kepada Ku Li oleh UMNO sendiri.


"Kita tidak dapat menafikannya kerana sebelum ini kita melihat serangan Umno-BN terhadap Ku Li memang serius, dan Ku Li pula hanya diangkat, dipuja, dan disanjung semasa pilihanraya kecil ini, jadi usaha Umno-BN mengambil Ku Li sebagai pengarah pilihanraya sebenarnya usaha untuk memerangkap Ku Li," katanya kepada TV Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak terperanjat sekiranya Ku Li dijadikan sebagai kambing hitam jika UMNO gagal menawan Galas dan sememangnya percaturan berkenaan sudah dicongak oleh kumpulan-kumpulan tertentu sekaligus mahu menyaksikan kareer politik ahli Parlimen Gua Musang terbabit terkubur.

"Kita lihat dalam konteks politik, jika beliau berjaya merampas kerusi Galas, akan menaikkan imej Presiden Umno-BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Perhubungan Umno dan yang lain-lain tetapi jika beliau gagal, bebanan kekalahan terpaksa dipikul sepenuhnya oleh Ku Li," jelas beliau.Li.

Tuan Ibrahim seterusnya mendedahkan bahawa wujud beberapa kumpulan berasingan di dalam Umno sendiri dan ada antaranya yang tidak sehaluan dengan Ku Li.

"Tidak mustahil kalau wujudnya kumpulan-kummpulan sebegini di dalam Umno yang cuba membuat sesuatu untuk menjatuhkan kredibiliti Ku Li, terutamanya di Gua Musang," jelas beliau lagi.

Ibrahim menambah keadaan demikian boleh dilihat dengan situasi pemilihan calon Umno untuk Pilihanraya Galas masih belum selesai akibat percanggahan pendapat antara kumpulan-kumpulan dalam Umno sendiri.

Justeru, katanya budaya menabur fitnah peribadi terhadap calon parti pembangkang bukanlah sesuatu yang baru dan ia sebenarnya mainan politk Umno-BN menyembunyikan kekucar-kaciran gabungan itu sendiri.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindak-tanduk sedemikian dapat dilihat dihampir kesemua pilihanraya kecil dan umum yang diadakan di negara ini sambil menjelaskan bahawa dakwaan terhadap Dr Zulkefli merupakan satu pembohongan kerana wanita yang didakwa oleh media UMNO merupakan ibu Dr Zukefli sendiri.

"Budaya fitnah sepatutnya tidak berlaku dalam mana-mana pilihanraya kerana penggunaan isu peribadi calon yang bertanding untuk oleh phak lain yang juga bertanding bercanggah dgn Akta Pilihanraya," tegas beliau.

Beliau berkata, tindakan Umno-BN cuba mewujudkan suasana yang gawat dengan menggunakan nama ibu Dr Zulkefli amat bercanggah dengan norma dan nilai yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan khususnya PAS.

"Kita juga berharap agar para penyokong kita tidak membuat serangan peribadi khususnnya terhadap calon lawan kerana isu peribadi melibatkan elemen etika dan adat di dalam konteks Islam yang perlu dipertahankan," kata beliau lagi.

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA