Stesen televisyen swasta MetroTV menyiarkan gambar paramedik berusaha menyelamatkan bayi berusia sekitar tiga bulan dengan alat bantuan pernafasan.
“Keadaan pernafasan bayi ketika datang ke hospital memang sudah parah, diperkirakan memang sudah meninggal di perjalanan,” kata Dr Sasongko yang bertugas di Hospital Umum Daerah Muntilan, Jawa Tengah.
Beliau berkata di hospital itu terdapat sembilan pesakit lain yang cedera akibat letusan gunung berapi tersebut.
Sementara itu, Hospital Panti Nugroho di Sleman, Yogyakarta turut merawat beberapa pesakit yang cedera akibat melecur.
Dari gambar yang ditampilkan, kelihatan pesakit melecur di seluruh tubuh hingga ke muka. Suasana di sekitar Merapi masih mencengkam, dan proses pemindahan penduduk masih dilakukan.
Ketua Kampung Desa Kepuharjo yang terletak di Cangkringan, Sleman iaitu Heri Suprapto berkata seluruh penduduk di desanya yang berjumlah ribuan orang, telah ditempatkan di kawasan lapang di sebuah desa lain.
Ketika dihubungi Bernama menerusi telefon, beliau sedang menguruskan pemindahan penduduk. — Bernama
No comments:
Post a Comment