" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 October 2010

Tidak Rasmi: Zaid Menang Hari Pertama Majoriti Lebih 100 Undi

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga jam 11.00 malam tadi menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim sedang mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dengan lebih 100 undi.

Sembilan cabang - Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu – mengadakan mesyuarat semalam. Pasir Mas yang sepatutnya diadakan semalam ditunda kerana masalah tertentu.

Manakala dalam kenyataan media, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan Dr Molly Cheah masih kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.


Beliau menolak lapuran sebuah laman web berita tempatan, yang mendakwa Dr Molly Cheah tidak lagi terlibat dengan pengurusan pemilihan parti.

"Ibupejabat PKRjuga ingin mengesahkan bahawa beliau masih lagi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga hari ini," katanya.

Dr Molly, kata Saifuddin terlibat secara langsung untuk menyemak dan menyediakan tata cara proses pemilihan peringkat Pusat berpandukan beberapa kelemahan yang dikenalpasti (sewaktu pemilihan peringkat cabang tempohari) melalui jawatankuasa kecil teknikal yang dianggotai oleh ahli-ahli JPP lainnya iaitu Rajen Devaraj, Wong Hoy Cheong dan Stephanie Bastian.

Menurut Saifuddin, pemilihan peringkat Pusat akan diadakan di 222 lokasi cabang di seluruh negara dan akan dijalankan pada 10 hari-hari mengundi hujung minggu sehingga tarikh 21 November 2010 nanti.

"Pengundian hari pertama hari ini (semalam) telah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan.

"Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kelewatan masa pengundian dimulakan telah menjejaskan kewibawaan proses pengundian ini sehingga meminta untuk keseluruhan proses ini dibatalkan, ingin dijelaskan bahawa kelewatan ini adalah disebabkan oleh kertas-kertas undi yang lewat sampai ke cabang-cabang di Kelantan dan telah melewatkan sedikit permulaan proses pengundian yang sepatutnya dimulakan pada jam 10 pagi.

"Bagaimanapun masa pengundian telah dilanjutkan satu jam sehingga jam 5 petang bagi membolehkan anggota-anggota parti melaksanakan hak demokrasi mereka dalam kaedah pemilihan satu anggota-satu undi ini.

(FreeMalaysiaToday)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA