PETALING JAYA: Persaingan jawatan timbalan presiden semakin hangat apabila Naib Presiden PKR Azmin Ali merapatkan jurang dengan pesaing terdekat yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dengan hanya perbezaan undi sebanyak 144 undi.
Zaid masih mendahului senarai calon timbalan presiden dengan memperoleh 1,454 undi manakala Azmin 1,310 undi.
Keputusan tidak rasmi ini diterima daripada Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Katanya, seorang lagi calon timbalan presiden Musataffa Kamil Ayub memperoleh 495 undi.
Sharifah berkata keputusan itu berdasarkan 27 daripada 32 cabang yang mengadakan pegundian semalam.
"Lima cabang lagi lewat menghantar keputusan mereka. Kami masih mengenalpasti cabang-cabang tersebut. Maka disebabkan kelewatan ini menyebabkan pihak kami lewat mengemaskini keputusan rasmi lebih awal seperti yang dilakukan semalam," katanya.
Sharifah berkata, keputusan rasmi akan disiarkan di laman web rasmi PKR selewat-lewatnya petang ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Pengelola Pemilihan Radin Shamsul Kamar berkata kelewatan keputusan beberapa cabang disebabkan faktor pengawas yang bertugas.
"Pengawas yang bertugas terpaksa mempersiapkan diri untuk bertugas di cabang lain. Maka keputusan di beberapa cabang semalam mengalami kelewatan. Sebagai contoh semalam bertugas di Padang Rengas, pagi ini perlu bergegas ke tempat lain pula. Pihak kami sedang mengira baki lima cabang yang lewat ini," katanya ketika dihubungi FMT.
Bagi jawatan naib presiden difahamkan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih mendahului Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman dan Pengarah Strategik PKR Tian Chua.
Manakala 13 calon lagi masih mempunyai peluang untuk mendapat empat tempat teratas kerusi naib presiden.
Mereka termasuk ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, penyandang R Sivarasa, R Suresh Kumar, Johnson Chong, Baru Bian, Xavier Jayakumar, Ansari Abdullah,Yusmadi Yusoff, Yahya Sahri, Dominique Ng, S Manikavasagam, Saiman Marjuki dan James Ghani.
Setakat ini 41 cabang sudah menjalankan pengundian. Hari ini 32 cabang mengadakan proses pengundian yang membabitkan lima negeri. Di Pulau Pinang enam cabang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.
Melaka pula cabang Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Bukit Katil. Perak membabitkan Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar.
Manakala Pahang ialah Paya Besar,Maran,Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin. Negeri Sembilan pula di Rembau dan Tampin.

Oleh Fazy Sahir dan Rahmah Ghazali
(FreeMalaysiaToday)
No comments:
Post a Comment