" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 June 2010

Umno-BN Berdagang Dengan Zionis Israel Sejak 1998

Oleh Suraaya Hulaimi

PENGKALAN CHEPA 13 Jun - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendesak kerajaan Malaysia menamatkan dengan segera kontrak dengan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide demi keselamatan rakyat dan bagi memastikan kedaulatan negara tidak diceroboh oleh anasir Zionis.

Menurut Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian maklumat terkini mendedahkan Malaysia sudah mengadakan hubungan dagang secara sulit dan rahsia dengan negara haram Israel sejak 1998 Malaysia.

"Apco Worldwide mengambil tempat hari ini dan menggunakan wang rakyat sebanyak RM77 juta dan yang paling merbahaya apabila satu lagi syarikat iaitu Asiasoft Sdn Bhd yang terlibat dalam memasang sistem rangkaian polis radio Malaysia yang tidak pernah di pertikaikan oleh Polis DiRaja Malaysia," tegas beliau semalam semasa membentang usul mengutuk tindakan kerajaan Umno-Barisan yang menyerahkan dua padang minyak Blok L dan M kepada Brunei.

Tindakan ini menyebabkan negara kehilangan potensi pendapatan sebanyak RM320 bilion.

Usul tersebut disusli dengan usul mengecam tindakan Umno-BN yang merugikan negara dengan memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodlands kepada Singapura.

PAS mendesak supaya kedua-dua isu yang menyentuh kedaulatan negara ini perlu segera dibincang dalam parlimen dan bukan hanya diluluskan oleh Perdana Menteri.

Wakil PAS Tambun, Dr Khairudin Malik mencadangkan agar PAS menjalankan satu tindakan yang bersungguh-sungguh dan bukan sekadar mendesak pihak berkenaan sahaja berhubung dengan isu kedaulatan negara.

Beliau mengesyorkan agar PAS menyaman Datuk Seri Najib Razak sebagai defenden dan kerajaan Umno-BN kerana menyalahgunakan kuasa sebagai pemimpin negara dan menggadai kedaulatan negara kepada pihak asing.

"Keduanya kenapa tidak PAS meminta rakyat keluar menunjuk perasaan besar-besaran kerana isu ini lebih besar dari PPSMI, isu ISA, isu judi dan isu Bersih kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

"Kalau yang lain kita sanggup keluar ke jalan raya, kenapa yang ini kita tidak sanggup," soal beliau.

Usul membatalkan lesen judi sukan bola sepak dibentangkan oleh wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shari.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah meluluskan judi sukan dan sedang dalam proses menganugerahkan lesen tersebut kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

"Maka kita terpanggil untuk membangkitkan usul ini dan malang pula yang mengumumkan ialah Timbalan Menteri Kewangan yang merupakan orang Bachok dari Kelantan dan bekas bakal Menteri Besar Kelantan.

"Allah telah jelas mengharamkan judi dan tidak ada agama yang menghalalkan judi dan kita hendak mengulangi komitmen DPPP pada ceramah hari Khamis lepas mempertikaikan kerajaan meluluskan judi dan kita tidak tahu Umno ini apa agamanya.

"Kerana itulah kita perlu bangkit bagi memperlihatkan prihatin kita bukan sahaja dari PAS tapi juga i Pakatan Rakyat.

"Perkara ini kalau dibiarkan akan menjadi bala kepada masyarakat kita kerana anak-anak kita masih dapat berjudi walaupun kedai ditutup kerana mereka masih boleh mendapatkanya melalui internet," kata Ahmad Fadhli.

Antara desakan DPPP termasuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.

DPPP juga Mendesak PAS pusat memobilisasi rakyat Malaysia turun ke Perhimpunan 100,000 Mansuhkan Judi Bola pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Wakil Tebrau, Shamsul Bakri turut menyatakan sokongan kepada usul yang dibawa oleh DPPP dan berharap bantahan terhadap lesen judi ini akan diteruskan kepada jenis judi lain.

Sementara itu Dr Khairuddin mencadangkan usul tambahan agar pimpinan tinggi PAS mengadakan debat bertajuk 'Judi Subur Umno Takbur' ataupun 'Juara Rakyat Juara Judi'.

Kesemua usul yang dibentangkan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Muktamar ke-52.

(Suara Keadilan)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA