Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis
Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam askar komando Israel ke atas kapal Turki Mavi Marmara di Flotilla. Keganasan Zionis yang menindas hak kemanusiaan serta mengancam keamanan di Gaza, Palestine perlu dihentikan segera.
Pelbagai protes dan demontrasi telah diadakan di Malaysia khasnya di Kedutaan Amerika Syarikat sejak serangan komando Israel. Semalam Pemuda Pakatan Rakyat juga menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik dan bantuan yang berkaitan dengan regim Israel dan Zionis.
Selain itu, satu Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat), 10.30am di Kelab Sulaiman, Kampung Baru. Maklumat yang berkenaan adalah yang berikut:-
10.30am: Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis, Kelab Sulaiman, Kampung Baru
1.00pm: Solat Jumaat di Masjid Kampung Baru
2.30pm: Perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru kepada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama, komuniti dan masyarakat umum untuk menyertai secara beramai-ramai ke Perhimpunan Meja Bulat Anti-Zionis serta perarakan tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat turut akan menyertai perhimpunan meja bulat dan perarakan tersebut.
Semua aktivis serta peserta yang prihatin terhadap isu Palestine dijemput untuk memakai baju berwarna HITAM untuk tanda protes terhadap Zionis-Israel.
Shamsul Iskandar Mohd Akin,
(Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment