" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 June 2010

Akibat Ketirisan, Rasuah Malaysia Bankrap 2015?

Oleh Dzulkarnain Taib

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menjangkakan negara di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional(BN) akan berstatus bankrap menjelang tahun 2015 dan bukannya 2019 seperti mana yang unjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Menurut Azan jangkaan ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan juga berlandaskan kepada laporan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Walaupun Najib memberi jaminan bahawa nasib ekonomi Malaysia tidak akan menyamai Greece yang jatuh muflis baru-baru ini, Azan menyanggah sambil berkata terdapat beberapa persamaan dengan negara anggota Kesatuan Eropah itu yang memungkinan negara bankrap lebih awal daripada dijangkakan.

“Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastik.

“Saya menjangka dengan fakta yang disebutkan Malaysia mungkin bankrap bukan pada 2019 tapi kurang daripada lima tahun dari sekarang. Greece juga tidak menjangka secepat itu negara tersebut akan bankrap.

Mereka juga telah membuat unjuran bahawa kerajaan Greece masih boleh bertahan dua, tiga tahun akan datang sementara menunggu zaman pemulihan tapi akhirnya negara itu terjerumus dalam krisis ekonomi yang menyebabkannya ia berstatus bangkrap,” jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Tambah Azan lagi, tindakan kerajaan mengosongkan data pada mukasurat 391 laporan RMK10 berkenaan Jadual 7 Imbangan Pembayaran, 2006-2015 juga menimbulkan syak bahawa keadaan kewangan negara semakin gawat dan tenat.

Di bawah tajuk ‘Akaun Modal’ yang merangkumi modal tempatan dan juga modal asing dalam bentuk pelaburan dalam negara, Kementerian Kewangan hanya mencatatkan angka bagi tahun 2006 hingga 2009 sementara anggaran bagi 2009 dan unjuran sehingga 2015 dikosongkan.
Kecuali pada 2008, kesemua statistik sejak 2006 menunjukkan pengaliran keluar modal dari Malaysia. Begitu juga di bawah ‘Akaun Kewangan’ catatan statistik menunjukkan aliran negatif sejak 2006.

“Daripada apa yang kita lihat, Kerajaan Umno-BN tidak berani membuat anggaran dan unjuran bagi tahun 2009, 2010, 2012 dan 2015 kerana mereka tahu keadaan kewangan negara akan menjadi bertambah dahsyat dan kemung-kinan besar kemasukan modal asing hampir tidak ada langsung.

“Ada banyak bidang yang dibiarkan kosong dalam buku RMK-10 kerana kerajaan tidak mahu meletakkan unjuran atau jangkaan untuk dua atau tiga tahun. Ini menggambarkan ketidakyakinan kerajaan untuk memberi jangkaan mereka.

Azan seterusnya menjelaskan kelemahan pengurusan kewangan negara memberi impak besar ke atas pihak swasta dan mengecilkan lagi peranannya dalam ekonomi negara.

“Ini akan menyebabkan tidak ada jalinan kerjasama kukuh antara sektor awam dan sektor swasta. Kalau ini berlaku dua tiang utama ekonomi negara akan melemah dan akhirnya sektor awam menjadi satu-satu sektor yang terpaksa menanggung segala akibat.

“Apabila benteng terakhir sektor awam juga mengalami kelemahan dan tidak dapat bertahan dan itulah punca rebahnya sesuatu ekonomi.

“Sesebuah negara tidak perlu diisytihar sebagai bankrap bukan seperti organisasi swasta tetapi memadai apabila negara itu merekodkan tiga tahun berturut-turut defisit melampau lalu tidak berdaya membayar hutang negara,” tegas Azan.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA