" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 June 2010

CheGuBard Nafi Ceramah Berbaur Fitnah, Hasutan

BUKIT MERTAJAM 16 Jun - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin disoal siasat polis di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah, Bandar Perda Ahad Isnin lalu berhubung ceramahnya di Kubang Semang pada 5 Mei lalu yang didakwa mempunyai unsur fitnah dan hasutan.

Beliau bagaimanapun berkata ceramah yang disampaikan pada malam tersebut tiada langsung unsur hasutan mahupun fitnah yang bermaksud memecah-belahkan masyarakat.

Antara yang disebutkan di dalam ceramah itu hanyalah mengenai kes jenayah yang semakin meningkat berikutan polis yang bekerja di bawah tekanan, dan oleh sebab itulah berlakunya kes tembak mati ke atas orang awam serta penyebaran pemikiran Zionis di negara ini.

“Selain daripada itu turut disentuh ialah kes fitnah yang sedang dilakukan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membezakannya dengan kes bunuh Altantuya. Kedua-dua kes tersebut dilihat mempunyai kepincangan ketika perbicaraan dijalankan. Saya tidak melihat ada unsur hasutan dan juga fitnah di dalamnya seperti apa yang dilaporkan polis melalui laporan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, siasatan yang dilakukan adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah.

Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau pun denda atau kedua-duanya sekali.

Azman juga berkata Badrul Hisham aka CheGuBard dipanggil bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya di Kubang Semang yang didakwa mempunyai unsur fitnah dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

"Selain itu, turut direkodkan ialah keterangan beberapa orang saksi berhubung ceramah yang telah diadakan bagi membantu siasatan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran kenyataan fitnah tersebut.

Namun begitu polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula CheGuBard dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan.

Turut mengiringi beliau ke IPD termasuk Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali dan pimpinan AMK negeri.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA