Ia merupakan perarakan terbesar sejak rakyat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik melahirkan rasa marah termasuk perhimpinan aman di depan bangunan kedutaan itu. Perarakan bermula di Masjid Kg Baru sebaik sahaja solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang tadi.
Terdahulu mereka menyertai perundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman di Kg Baru membincangkan pendirian mengecam serangan Israel itu.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perarakan itu yang sepanjang perjalanan melaungkan slogan anti-Israel seperti "Hancur Israel" dan "Musnah Israel".
Mereka turut melaungkan takbir "Allahuakhbar" dan "Hidup Islam.
SEBAHAGIAN daripada ribuan warga yang menyertai perarakan mengecam Israel di Kuala Lumpur hari ini. Gambar Choo Choy May
Kira-kira pukul 2.55 petang perarakan tersebut yang turut disertai pemimpin-pemimpin PR yang lain setibanya mereka di pekarangan bangunan Tabung Haji yang terletak kira-kira 100 meter daripada Kedutaan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun Anwar dan beberapa pemimpin PR termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Hasan Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain dihalang oleh anggota polis apabila mereka menghampiri kawasan kira-kira 10 mereka dari Kedutaan Amerika Syarikat.
Setelah berbincang kira-kira lima minit berbincang dengan polis, lima wakil dibenarkan masuk ke kawasan bangunan kedutaan.
Rombongan lima wakil itu iaitu Anwar, Syed Husin, Azmin, Nasharuddin dan Lim menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Politik Kedutaan AS, Brian McFeeters.
(TheMalaysianInsider)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment