KUALA LUMPUR, 23 Jun - Para peguam bagi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah untuk mengemukakan hujahan bertulis berhubung rayuan Khairy dalam kes saman malu bernilai RM100 juta oleh Anwar terhadapnya.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menetapkan 19 Julai untuk pengurus kes seterusnya selepas menemui para peguam di kamarnya hari ini. Khairy memfailkan notis rayuan terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar terhadapnya dalam saman malu itu.
Pada 31 Mei, Nazri menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan permohonan itu dengan kos untuk mengetepikan keputusan penghakiman ingkar oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Dis, 2008 selepas Khairy gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu.
Nazri memutuskan bahawa serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaan Khairy.
Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu berhubung kenyataannya dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini sekitar 20 Feb 2008 dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com., bertajuk 'Anwar and kin no threat'.
Anwar mendakwa perkataan fitnah itu, antara lain, bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.-Bernama

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment