" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

26 June 2010

Asri: Saya Tidak Mahu Sertai Mana-Mana Parti Politik

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno malam tadi.

“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata bekas mufti Perlis ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Ia merupakan kenyataan rasmi pertama beliau menafikan secara total laporan bahawa akan menyertai Umno. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak setahun yang lalu.


Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu.

Dalam kenyataan hari ini Asri (gambar), yang sejak seminggu lalu dikaitkan dakwaan mengamalkan aliran wahabi dan mempengaruhi pemikiran kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), tidak memberikan sebab tidak menyertai Umno.

Ketika sebahagian besar pemimpin dan ahli Umno menyambut baik laporan Asri akan menyertai komponen Barisan Nasional itu, ramai rakannya di PAS dan juga di luar PAS berpandangan beliau harus kekal sebagai ulama neutral seperti sekarang.

Asri seringkali menghadiri majlis rasmi Umno dan PAS.

“Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini,” kata Asri lagi dalam kenyataannya hari ini.

Asri yang kini merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia berkata, sokongan beliau adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama.

“Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,” kata beliau.

Pada masa yang sama kata Asri, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti.

Asri juga menambah, beliau tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain.

“Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti,” kata beliau lagi.

Akhir minggu lalu memetik setiausaha kerja Umno, laporan media menyebut Asri akan menyertai Umno bersama kira-kira 100 ulama semalam.

Bagaimanapun hanya seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda menyerahkan borang bagi menganggotai Umno kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak malam tadi.

Asri tidak menyertai mereka manakala kumpulan kedua dijangka menyusul dalam waktu terdekat.

Penyerahan borang dilakukan di lobi Menara Dato’ sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno bermula dan turut disaksikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim.

Wakil kumpulan ulama tersebut Dr Fadlan Mohd Othman berkata, penyertaan mereka ke dalam Umno bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian.

“Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai Umno), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha- usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti,” kata pensyarah pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

(TheMalaysianInsider)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA