Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berhubung dakwaan video lucah membabitkan beliau sebagai mengambarkan taraf rendah moral seorang pemimpin yang tunduk kepada arahan pihak tertentu demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional.
Elizabeth dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau menjadi mangsa kepada Zahrain tanpa ada peluang untuk membela diri secara berdepan bagi menjelaskan keadaan yang sebenar. Jelas beliau lagi tempoh yang dilaluinya adalah satu yang sukar dan tidak sama dengan keadaan yang beliau lalui selama ini.
"Saya mula kembali bertugas hampir setahun dua bulan, tindakan yang diambil ini adalah satu keputusan yang amat sukar sekali. Ia tidak semudah yang kita lalui sebelum ini.
"Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan puak Umno-Barisan Nasional seperti yang berlaku di parlimen semalam, saya menguatkan diri ini demi tanggungjawab terhadap kawasan yang diwakili, negeri Selangor dan juga negara ini. Kenyataan tersebut adalah umpama isyarat kepada saya untuk terus berjuang serta tidak mengalah kepada mangsa keadaan.
"Saya tidak hairan apabila Umno-BN menggunakan saya sebagai sasaran mereka untuk mencemuh selain menjadi serangan politik mereka. Kita tahu itulah sikap Umno-BN mereka akan terus menyerang peribadi seseorang jika mendapat tahu ia boleh menjadi resepi politik kotor mereka.
"Dalam masa yang sama Zahrain bersama konconya bergelumang dalam politik Umno yang merupakan politik terakhir mereka, saya bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor duduk bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah negara. Masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan kita dalam meneruskan pendidikan mereka agar menjadi pelajar yang berprestasi tinggi, usaha meningkatkan pemikiran yang etnik atau luas bukan pemikiran sempit seperti Umno-BN," jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Beliau juga memberitahu, dasar perjuangan yang jelas di amalkan oleh Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan sikap Umno-BN dalam politik mereka.
"Pakatan Rakyat mengamalkan dasar politik yang adil dan telus dalam perjuangannya tanpa mengira soal peribadi yang menjadi mangsa kepada keadaan, inilah sebab utama kenapa saya terus berada dalam kelompok perjuang dalam membela nasib rakyat megeri Selangor dan negara ini.
"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya berada dalam tekanan," sambungnya lagi.
Beliau juga menyeru kepada wanita yang menjadi mangsa kepada keadaan dan cemuhan pihak tertentu bangkit untuk menentang diskriminasi yang bersifat tidak mempunyai moral yang tinggi itu demi keadilan yang sebenar.

(Suara Keadilan)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment