" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 June 2010

Heret Israel Ke Mahkamah Antarabangsa

Oleh Frederick Lucas

KUALA LUMPUR 7 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan sokongan penuh kepada usul khas berhubung serangan rejim Zionis-Israel ke atas misi bantuan kemanusiaan 'Freedom Flotilla' ke Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan sembilan dan berpuluh aktivis yang lain cedera.

Sokongan itu disuarakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Sidang Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

"Saya menyokong pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta kerajaan Turki mengheret rejim Zionis itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menggunakan Statut Rome,

"Sebagai sebuah negara bebas di mana rakyat kita hampir menjadi mangsa keganasan dan kerakusan rejim Zionis, saya meminta kerajaan bekerjasama dengan Turki untuk membuat dakwaan ke atas Israel," ujar beliau.

Anwar dalam ucapan usul tersebut juga menegaskan Israel hanyalah sebuah negara kecil di benua itu dan tidak mungkin bertindak sedemikian tanpa dokongan Amerika Syarikat.

Tambah beliau, kerajaan perlu menghantar mesej jelas kepada Washington agar tidak mendokong tindakan ganas rejim itu dalam kempen anti kemanusia seperti apa yang telah berlaku terhadap 'Freedom Flotilla'.

"Amerika Syarikat juga perlu membuat pengiktirafan terhadap pilihan kerajaan rakyat Palestin, jika itu yang dikehendaki oleh rakyat Palestin.

"Malaysia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas dan kerajaan Hamas adalah pilihan rakyat Palestin.

"Jika rakyat Palestin telah memilih parti Hamas untuk mewakili mereka, maka Amerika Syarikat juga perlu mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Palestin dan menyuarakan pendapatnya apabila sesuatu ketidakadilan berlaku tanpa mengira pihak," kata Anwar lagi.
(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA