" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 July 2010

PDRM Perlu Dedah Laporan Penuh Perompak Ditembak Mati

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak pihak polis menjelaskan kejadian tembak menembak empat perompak di kediaman Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat 5 Julai lalu didedahkan secara lebih terperinci.

Beliau berkata pihak polis tidak menceritakan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati dan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila penemuan empat butir peluru dari rumah Exco berkenaan turut dapat dikembalikan.

“Pertama sekali polis belum menjelaskan keadaan bagaimana penjenayah ini ditembak mati.Siapakah mereka, adakah merupakan satu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh ke empat-empat orang.

“Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kita hendak tahu apa senjata yang mereka pakai dan kenapa perlunya membunuh semua.

"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang apabila merujuk jawapan bertulis yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di parlimen mencatatkan jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota polis meningkat daripada 9 orang kepada 88 orang pada tahun lalu.

“Saya juga ingin memetik statistik rasmi yang dijawap oleh KDN dalam Dewan, pada 2005, 9 orang ditembak mati dalam insiden polis, 2006, 16 orang ditembak mati, 2007, 13 orang, 2008 82 orang dan 2009 88 orang, untuk tahun ini kita belum ada statistic tahun ini,” katanya.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

1 comment:

joecharlie said...

Takpayah jelas memang dah jelas mereka penjenayah tembaklah yang kena jelasKAN ialah ANWAR mana datang 2 juta hinggit beli lompat pati? sampai la takdah CEMUIH tunggu tak juga adak penjelasan BOHONG lagi ya BANG NUAR? CAKAPLA malu pulak. Kalau malu takpa...... asal SANGGUP SUMPAH HARI JUMAAT NI BANG LEPAS ASAR DALAM MASJID takbuat keja meliwat CUKUP .kami dok tunggu SUMPAH BANG NUAR YA??????????? HAMPAIS JANGAN HARAP....

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA