" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

24 July 2010

HANYA ITU YANG MEREKA TAHU

Dalam berbagai isu-isu yang kita telah dan sedang harungi, sedarkah kita akan isu yang 'tenggelam timbul'? Mungkin akibat daripada perasaan marah yang terlalu membara terhadap kerajaan kita yang tidak ubah sebahgian daripada 'produk Dajjal' adalah penyebab utama kita tidak mencari kepastian akan satu-satu isu yang 'di lemparkan' kepada kita.

Apatah lagi kalau mengikut 'syarat' yang telah di tetapkan dalam kitab suci Al-Quran, ianya sedikit pun tidak layak untuk di percayai malah merupakan 'satu fitnah'. Isu yang paling ketara ialah:

  • Anwar Ibrahim 'kaki liwat' - biarpun angkara isu ini kerajaan UMNO/BN hampir-hampir tumbang, ianya tetap di pergunakan kerana ianya hanya merugikan UMNO namun tidak kepada pengarah yang di sebalik tabir.

  • Al-Tantuya - Isu ini umpama 'satu ikatan paksaan' kepada PM 1Malaysia kita (setahu saya ungkapan yang Najib gunakan itu merupakan kalimah 'Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan ALLAH'. ) Isu ini ada kalanya timbul seketika dan akan tenggelam bila ianya 'berjaya' untuk 'mengiyakan' sesuatu perkara yang sebenarnya amat berat kepada 'si mangsa' untuk membuat keputusan.

  • Kerajaan Campuran PAS/UMNO (demi bangsa Melayu)- sedangkan Rasulullah adalah Rasul yang terakhir yang di pilih oleh ALLAH sw untuk seluruh 'Umat Manusia'. Berbagai cara 'produk-produk Dajjal' gunakan demi untuk menghidupkan sesuatu isu yang sebenarnya tidak 'wujud'. Nak buat macam mana.., hanya itu yang mereka tau..

Terbaru, isu kerajaan Perpaduan PAS/UMNO 'di panaskan' semula dan mangsa mereka adalah orang yang sama. Hari ini Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali terpaksa membuat penafian. Saya sertakan penafian beliau yang telah di buat di dalam laman web TV Selangor:

Dalam satu kenyataan media hari ini, Dr Hassan Ali turut menafikan bahawa pertemuan itu dibuat secara sulit, tetapi ia dibuat atas kapasiti rasmi selaku Exco Selangor. Berikut adalah kenyataan rasmi dari Persuruhjaya Pas Selangor ini:

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.

Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA