KUALA LUMPUR, 3 Julai — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menggesa kerajaan pusat agar menjauhkan diri daripada individu-individu yang mempunyai kepentingan dalam operasi judi. Pengerusinya Azmi Abdul Hamid berkata, jika mahu membanteras judi maka kerajaan perlu menjauhkan diri daripada individu-individu tersebut.
"Jika kerajaan serius untuk membanteras judi maka mereka perlu menjauhkan diri dengan individu yang berkepentingan dan pada masa sama membersihkan pentadbiran kerajaan dengan dari segala bentuk judi. Buat apa kerajaan perlu menjaga kepentingan individu-individu tertentu?
"Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan akan rakyat dan masa depan negara ini yang seharusnya bebas dari judi. Kita mahu negara ini bebas daripada budaya dan politik yang boleh membinasakan negara."
Justeru kata beliau, pihaknya berharap kempen ini akan menjadi reformasi ke arah itu. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Tak Nak Judi di pekarangan Masjid Negara di sini petang tadi.
Kata beliau, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri perlu membantu menjayakan kempen tersebut dengan tidak mengeluarkan keputusan judi dalam akhbar-akhbar tempatan dalam negara.
"Ini adalah perkara paling mudah dan senang untuk dibuat oleh kerajaan. Jika ini pun kerajaan tidak oleh nak buat susahlah. Cara ini merupakan kaedah pertama untuk membanteras gejala judi dalam negara kerana apabila keputusan tidak dikeluarkan nanti lama-kelamaan individu yang gemar berjudi akan tinggalkan tabiat ini," katanya.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bersetuju supaya lesen judi sukan diluluskan untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi. Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah,"katanya.
Kerajaan baru-baru ini mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan. Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.
"Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports. Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan," katannya.
Azmi bagaimanapun mengakui bahawa untuk memansuhkan semua judi secara serta-merta adalah mustahil tapi ia boleh dilakukan dengan perancangan yang teliti.
"Kita bukan nak kerajaan mansuhkan judi ini serta-merta kerana yang penting sekarang adalah mendidik rakyat supaya faham akan kesan dan keburukan judi dalam kehidupan. Melalui kempen Tak Nak Judi ini kita harap rakyat dapat diberi kesedaran dan membenci judi yang selama ini menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga, akhlak, moral serta meningkatkan kadar jenayah negara.
"Justeru kami berharap supaya kerajaan dapat memberikan kerjasama untuk membantu membanteras gejala judi ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang yang menyertai perhimpunan itu.
Himpunan Tak Nak Judi diadakan bagi menggantikan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi — perhimpunan aman di ibu negara yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Orang ramai yang menyertai perhimpunan ini turut melaungkan slogan 'Tolak-tolak, tolak judi' 'Rakyat-rakyat bantah judi', 'Didik-didik, didik judi' dan 'Tak nak tak nak, tak nak judi 'selain melaungkan takbir 'Allahuakhbar'.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata aktiviti judi akan merosakkan masa depan negara selain meningkatkan kadar jenayah.
"Judi adalah perosak kepada semua, judi rosakkan akhlak, akal dan moral rakyat. Jadi rakyat perlu bantah supaya judi ini dihapuskan. Selain itu, judi juga tidak memberikan apa-apa erti kepada pembangunan sosial negara sebaliknya meningkatkan lagi kadar jenayah negara. Justeru sebagai rakyat kita perlu bantah dan desak kerajaan supata menghapuskan segala bentuk judi," katanya.
GMJ yang diwakili lebih 60 badan bukan kerajaan dan individu serta parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP sebelum ini telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.
GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan. Ia membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata isu judi bukan perkara kecil kerana ia melibatkan masa depan rakyat dan negara.
"Adakah rakyat mahu negara ini dipenuhi dengan judi? Adakah rakyat mahu wang hasil negara diperoleh daripada hasil judi? Jadi kita perlu menunjukkan sikap tegas dalam perkara ini dan bangkit bagi menyampaikan suara kita kepada kerajaan," katanya.

(TheMalaysianInsider)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment