" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 July 2010

Memorandum Reformasi Pilihan Raya Malaysia 2010

Kami seperti penama pertubuhan di bawah berpendirian bahawa satu-satu formula bagi penstabilan, peningkatan dan kemakmuran di Malaysia ialah melalui demokrasi pelbagai parti yang aktif dan sihat.

Menjurus kepada pilihan raya 2008, Malaysia melalui perubahan di dalam kerajaan, dari sebuah kerajaan berbentuk kuku besi kepada sebuah kerajaan yang lebih demokratik.  Orang awam telah berpeluang mengecapi sebuah persaingan di antara BN dan PR yang mana ia membawa sebuah reformasi pentadbiran dan dasar-dasar yang lebih bersifat inklusif.

Namun, keadaan tersebut masih dalam tahap membimbangkan memandangkan terdapat segelintir yang berada dalam keadaan terdesak yang menggugat pilihan raya, termasuk penyalahgunaan apparatus kerajaan mahupun merubah keputusan pilihan raya melalui defeksi dan menolak pilihan raya yang baru apabila mandat terdahulu dipertikaikan.

Pada pilihan raya yang akan datang ini, patutkah parti-parti politik mengelakkan penerimaan "hanya demokrasi caranya" dan cuba untuk bersaing mendapatkan kuasa dengan cara penipuan dalam pilihan raya atau pun menolak keputusan pilihan raya?  Maka, Malaysia akan tenggelam di dalam kemelut politik.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan kestabilan politik dan pendemokrasian adalah suatu yang penting.  Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 114(2) menyatakan harapan agar SPR dapat menjayakan keyakinan orang awam.  Ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya menjalankan pilihan raya dengan telus dan tidak berpihak dalam mempastikan hak-hak pengundi sejagat, persaingan yang adil bagi kesemua parti-parti politik dan calon-calonnya.

Artikel yang sama juga memaklumkan berkenaan dengan penawaran pilihan-pilihan dengan memaklumkan dan perwakilan inklusif.  Bersih 2.0 percaya bahawa melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada, SPR mampu menjalankan tugas mereka secara demokratik berdasarkan piawai menurut amalan antarabangsa.

SPR mampu dan mestilah melindungi demokrasi kepelbagaian parti dengan memastikan pilihan raya adalah bersih dan adil, di dalam pentadbirannya dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan serta melalui advokasi perubahan-perubahan yang sepatutnya menurut Perlembagaan, undang-undang dan peraturan.

Berpandukan satu cita-cita untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, kami mendesak SPR membawa perubahan-perubahan berikut.  Kami berharap SPR akan bekerjasama dengan kami dan orang awam melalui rundingan dan pertimbangan.  Kami juga menggesa agar orang awam dibiasakan dengan hak-hak mereka sebagai pengundi dan melanjutkan agenda reformasi melalui cara-cara mereka dan rangkaian yang ada.

Kerunsingan Sedia Ada

Penyiasatan kesalahan-kesalahan Pilihan Raya.  Kami berpegang bahawa SPR wajib menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyiasatan kesemua kesalahan pilihan raya yang berlaku, terutama sekali dalam dua pilihan raya kecil yang diadakan, berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya. Ia akan menjadi suatu yang keterbiaran sekiranya mereka mengabaikan laporan-laporan sedemikian yang difailkan berdasarkan kesalahan-kesalahan yang dijalankan. Di dalam mengekalkan kebebasan badan tersebut, SPR seharusnya diberi kuasa pendakwaan terhadap pihak yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Menghalang pendaftaran pengundi.  Kami dikejutkan dengan aduan-aduan mengenai sekatan-sekatan tidak munasabah yang berlaku, seperti menghadkan borang-borang pendaftaran kepada Pembantu Pendaftar di dalam usaha mendapatkan pengundi baru memandangkan terdapat seramai empat juta pengundi yang layak mengundi masih belum berdaftar.  Halangan di dalam hak-hak sejagat adalah kesalahan serta kepincangan terhadap demokrasi.  

SPR mestilah menolak sekatan-sekatan sedemikian serta-merta di dalam usaha menambah pengundi baru atau SPR akan hilang keyakinan orang awam sepenuhnya, sehingga menjadikan badan itu tidak layak berfungsi menurut perlembagaan.  SPR mestilah dilihat sebagai badan yang bekerjasama kuat dengan kesemua parti di dalam menyediakan segala bentuk bantuan (bukannya menghalang) keefisienan pendaftaran pengundi.

A. Hak Mengundi dan Pembuangan Undi

1. Pendaftaran otomatik – kami berpegang bahawa kesemua pengundi yang layak seharusnya didaftarkan serta-merta sebagai pengundi tatkala mencecah usia kelayakan dan status alamat mereka dikemaskini dengan diseraya dengan senarai pengundi dan pengkalan data pendaftaran negara. Ini akan mengelak sebarang penipuan dan aduan yang bersangkut-paut dengan senarai pengundi sedia ada yang wujud dari pengundi hantu, alamat yang tidak lengkap, pemindahan alamat hinggalah kepada pendaftaran berulangkali.

Kami amat khuatir bahawa SPR telah menolak cadangan mewujudkan pendaftaran otomatik, khususnya perkara ini mempu menyelesaikan kesemua aduan mengenai proses pendaftaran.

2. Menurunkan usia mengundi – kami berpegang bahawa seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai hak mengundi dan menjadi calon di dalam pilihan raya di peringkat parlimen mahupun negeri. 

Mereka sudah mencapai tahap kematangan untuk mengambil bahagian di dalam kehidupan awam dan terkesan dengan dasar-dasar kerajaan di dalam pendidikan mahupun pekerjaan, hampir 90% negara di seluruh Dunia – termasuk negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja – telah meletakkan usia 18 tahun sebagai usia layak mengundi. Malaysia sepatutnya idak memberi sebarang alasan untuk berada di luar senarai tersebut.

3. Tidak Hadir Membuang Undi – kami berpegang bahawa undi pos yang berasingan pada masa kini sepatutnya dimansuhkan untuk kesemua pengundi – kakitangan kerajaan atau anggota keselamatan, sama ada mereka berada di dalam mahupun di luar negara – mereka sepatutnya memohon untuk dikecualikan daripada tidak hadir pada hari pembuangan undi sekiranya mereka mempunyai alasan-alasan sah. 

Mereka sepatutnya diberi tempoh untuk mengaju permohonan sedemikian sebelum hari pembuangan undi.  Dengan cara ini, ia mampu mengelak timbulnya sebarang faktor ketakutan dan pertuduhan yang mendakwa kerahsiaan dan kebebasan mereka dicabuli di dalam pengundian pos.

4. Dakwat kekal – Kami berpegang bahawa dakwat kekal sepatutnya digunakan di dalam semua pilihan raya bagi mengelak pengundian berganda. Kabinet, walau bagaimana pun telah membuat keputusan mengenai perkara ini pada tahun 2007 dan pekhabaran mengenai kegiatan sabotaj tidak dapat dibuktikan dan tidak berasas.  Risiko SPR diperlihatkan sebagai covert dengan membenarkan pengundian berganda bilamana SPR sendiri tidak mahu melaksanakan dakwat kekal.

Persempadanan Semula Kawasan

5. Meminimakan Pengubahan Sempadan (gerrymandering) – Kami berpegang bahawa kawasan-kawasan yang dipertandingkan sepatutnya diletakkan sempadan mereka berdasarkan, antara lain, kepada kepentingan komuniti, yang mana ia menjadi sempadan pentadbiran.  

Oleh yang demikian, tidak ada kawasan parlimen dan negeri sepatutnya bersilang dengan sempadan yang dirangka oleh sempadan penguatkuasaan tempatan mahupun pentadbiran daerah.  Pada masa yang sama, tidak ada komuniti tempatan sepatutnya disisihkan dengan sempadan-sempadan pilihan raya.  Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan pertalian tempatan sepatutnya dihormati.

6. Meminimakan Kegagalan Pengagihan (malapportionment) – kami perpegang bahawa SPR mestilah secara jujurnya mematuhi peraturan yang termaktub di dalam Seksyen 2, Bahagian 1, Schedule Tigabelas Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan perkara ini.  

Kekurangan yang dihadapi di kawasan luar bandar bukanlah lesen untuk SPR bagi menjalankan manipulasi kepada saiz kawasan pilihan raya.  17 daripada 56 kawasan negeri di Selangor atau 30% mempunyai lebih ramai pengundi daripada kawasan parlimen terkecil di Selangor iaitu Sabak Bernam pada pilihan raya 2008 yang menunjukkan bahawa SPR, secara tidak adilnya, mencabul peruntukan perlembagaan semasa persempadanan semula yang dibuat sebelum ini.  

Kami mendesak supaya di dalam merangka sempadan semula pada masa akan datang, SPR sepatutnya pastikan tidak ada cara mana-mana kawasan mempunyai saiz yang lebih besar daripada 50% jumlah pengundi di dalam kawasan parlimen terkecil yang berada di dalam negeri yang sama.

Persaingan dan Media

7. Tempoh Kempen yang Berpada – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya memberi tempoh kempen tidak lebih dari 21 hari. Kempen yang lebih panjang tidak hanya membenarkan pengundi mempunyai lebih banayak masa untuk mengumpul maklumat ecukupnya dalam membuat pilihan, ia juga mengurangkan ketegangan yang dialami semasa pilihan raya memandangkan parti-parti mempunyai jangkamasa yang cukup kepada sumber-sumber mereka.  

Tempoh 21 hari suatu tempoh yang berpada memandangkan Kerajaan Kolonial British membenarkan tempoh dua kali ganda lebih panjang, 42 hari pada waktu pilihan raya kebangsaan pertama dijalankan pada tahun 1955. Pada masa akan datang, SPR sepatutnya mengusulkan agar Akta Pilihan Raya dipinda atas alasan sedemikian.

8. Akses Media Bebas dan Adil – Kami berpegang bahawa pada pilihan raya umum yang akan datang, SPR sepatutnya mendesak badan penyiaran kebangsaan, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membenarkan waktu siaran tertentu kepada debat terbuka perdana selaras dengan amalan di United Kingdom pada Mei 2010.  SPR sepatutnya mengusulkan agar Akta Pilihan Raya dipinda agar ianya digunapakai kepada media-media milik kerajaan untuk memberi kebebasan dan ulasan yang sama rata untuk parti-parti politik yang bertanding; juga kepada media milik swasta dalam menyediakan akses yang adil.

Kewangan Pilihan Raya

9. Kawalan perbelanjaan parti – Kami berpegang bahawa SPR mestilah mengusulkan agar Akta Kesalahan Pilihan Raya dipinda agar perbelanjaan yang dinyatakan seperti kos pengiklanan yang dialami parti-parti politik diakaunkan dalam asas pro-rata yang menjadi sebahagian dariapda perbelanjaan pilihan raya calon.

10. Perbelanjaan Parti Kewangan Awam – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya menggesa Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memberi bantuan kewangan kepada semua parti politik berdasarkan kepada perkongsian undi semasa pilihan raya yang lalu.

Demokrasi Pelbagai Parti

11. Hak untuk Bertanding di dalam Pilihan Raya Selepas Perletakan Jawatan – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyisihkan halangan-halangan berhubung dengan Perlembagaan agar wakil-wakil yang dipilih berpeluang untuk bertanding kembali di dalam pilihan raya selepas perletakan jawatan.  Kebanyakan daripada wakil-wakil rakyat dipilih melalui tiket parti yang diwakilinya.

12. Kesaksamaan Pentadbiran – Kami berpegang bahawa SPR mestilah mengusulkan bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya dipinda sehingga tiada keputusan penting dan tidak penting termasuk projek-projek pembangunan dan dana yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan berhubung dengan bangsa, kerajaan mahupun kawasan parlimen dan negeri selepas Perundangan Parlimen / Negeri dibubarkan ataupun sesebuah kerusi itu diisytiharkan kosong.

13. Pemulihan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan – Kami berpegang bahawa SPR mesti mengusulkan kerjasama dengan mana-mana Kerajaan Negeri bagi memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan selaras dengan Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan. SPR mestilah tidak mencabuli tuntutan di dalam Perlembagaan.

Pentadbiran Pilihan Raya

14. Pengadilan dan Mengawal Rapi Sepenuhnya di dalam Petisyen Pilihan Raya – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya mengusulkan agar Akta Kesalahan Pilihan Raya dipinda agar petisyen pilihan raya boleh difailkan atas apa jua keadaan yang berhubung dengan penipuan semasa pilihan raya. Akta tersebut dipinda pada tahun 2003 yang memberi kesan kepada integriti senarai pemilih yang mana senarai pemilih tidak boleh lagi dicabar di mahkamah perundangan.

15. Hak Untuk Pemantauan Pilihan Raya – Kami berpegang bahawa SPR mestilah mempersiapkan sebuah tatacara inklusif yang telus bagi pemantau-pemantau tempatan dan antarabangsa agar mereka dibenarkan didaftarkan di pilihan raya yang akan datang. SPR seharusnya juga mengusulkan bahawa Akta Pilihan Raya dipinda agar membolehkan hak untuk memantau pilihan raya dipulihara.

*Memorandum Pertubuhan Masyarakat Malaysia Mengenai Reformasi Pilihan Raya Malaysia 2010, diserahkan oleh Ambiga Sreenevasan selaku Pengerusi BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

(Merdeka Review)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA