" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 August 2010

SB KENA HALAU CUBA INTIP AKTIVITI KEADILAN

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 8 Ogos - Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu.

Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu.


Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu.

Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor.

"Kita minta pihak polis supaya tidak menjadi alat atau orang suruhan Umno-BN, mereka hendaklah bertindak profesional dalam menjalankan tugas.

"Mereka sepatutnya tidak menjadi seperti orang suruhan atau anjing politik bagi menjaga kepentingan politik pemimpin jahat," tegas beliau kepada Suara Keadilan.

Tambah Dr Badrulamin, sejak insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sehingga membawa kepada era reformasi, pihak polis secara berterusan masih lagi bertindak secara tidak profesional dan hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.

Sepatutnya tugas asasi pihak polis kata beliau adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam bukan campur tangan dalam urusan parti politik.

Mengenai program penerangan diseluruh negeri Selangor, Dr Badrulamin berkata langkah penerangan balas kerajaan Pakatan Rakyat melalui SKS akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka pada 11 Ogos.

Beliau berkata pihaknya memilih untuk membuat penerangan di semua masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi mengerjakan ibadat.

Tambah beliau, selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan sistem penyaluran maklumat, pihaknya akan meningkatkan edaran akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan dan tohmahan pembangkang.

Bilangan akhbar Selangorkini dijangka ditingkatkan daripada 60,000 kepada 300,000 dan bakal diedarkan selepas Hari Raya Adil Fitri nanti.

(Suara Keadilan)

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al Anbiyaa’ Ayat 30

2 comments:

Anonymous said...

POLIS -- Pasukan Orang Liar, Iblis dan Saitan.

Anonymous said...

terima kasih Anonymous ...sesungguhnya Allah maha adil....

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA