" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

23 August 2010

Pakatan Rakyat Pulau Pinang Ikrar Taat Setia Kepada YDP Agong

GEORGETOWN 23 Ogos - Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam meluluskan usul lafaz ikrar taat setia kepada Yang DiPertuan Agong sebagai pemimpin terunggul negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Pakatan Rakyat juga melafazkan ikrar taat setia kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Usul tersebut adalah antara 10 usul yang dipersetujui bersama Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Rosidi Hussain.


Sepuluh usul itu hasil daripada ketetapan mesyuarat sebagai respons fitnah terbaru Umno-Barisan Nasional berhubung isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng menggantikan nama Yang DiPertuan Agong dalam khutbah kedua solat Jumaat di negeri itu

"Isu ini digembar-gemburkan oleh Umno dan media massa. Permainan politik oleh Umno ini begitu karut kerana hanya orang tidak siuman dan berniat jahat berani menggantikan nama Yang DiPertuan Agong dengan nama lain," kata ketiga pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat di Komtar antara lain meluluskan usul untuk menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Pakatan Rakyat juga mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh Umno.

Disamping itu Pakatan Rakyat menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

"Mengutuk amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Menafikan dengan keras dakwaan Umno kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang DiPertuan Agong serta kerajaan negeri, JHEAIPP atau Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama beliau.

"Mendesak Umno mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib atau imam masjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama Yang DiPertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang," tegas kenyataan itu.

Mesyuarat juga mendesak Umno-BN hentikan permainan politik kebencian di kalangan rakyat yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam dan khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri.

Pakatan Rakyat menyeru rakyat and penyokong bertenang dan tidak masuk perangkap Umno untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada dasar serta program kebajikan untuk rakyat.

Ini termasuk keputusan kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100 peratus kepada RM24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

(Suara Keadilan)

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA