" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 August 2010

PAKISTAN DILANDA MALAPETAKA

Hari demi hari, bermacam-macam malapetaka yang sebenarnya sebagai 'peringatan' daripada Allah swt kepada hamba-hambanya supaya 'kembali ke jalan yang benar'. Semua malapetaka boleh di katakan 'luar biasa'.

Semalam (31 Julai) negara yang menjadi 'tali-barut' Dajjal semasa di pimpin oleh Preves Musharraf iaitu Pakistan telah terkena malapetaka 'banjir luar biasa' yang mengorbankan lebih 800 orang dan lebih 1 juta orang menjadi mangsa. Anggaran kerugian belum di keluarkan.

Jumlah korban di katakan akan meningkat, kerana banyak kawasan terputus hubungan. Banjir ini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara berkenaan dengan purata 12 inci hujan turun dalam masa 36 jam.


Bandar Peshawar dan beberapa bandar lain telah terputus hubungan. Tentera Pakistan telah menghantar kapal-kapal dan helikopter untuk menyelamatkan penduduk di pendalaman yang terperangkap.

Kerja-kerja menyelamat begitu sukar di jalankan akibat daripada kurangnya peralatan yang sesuai dan keadaan cuaca yang semakin buruk. Berkemungkinan faktor cuaca buruk inilah yang menyebabkan nahas udara pesawat Airblue pada Rabu lalu yang telah mengorbankan 152 orang dekat ibukota Pakistan, Islamabad.

Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

1 comment:

joecharlie said...

LEPAS NI KELANTAN PULOK PADA MUSIM MONSOON DEK ABIS UTAN GONDOI OLEH TANGAN WAKIL RAKYAT BANJIR BESOR AKAN BERLAKU SIAPKAN BAHTERA KALIAN.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA