" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 August 2010

Gaji, Elaun Pengerusi Felda RM2 Juta Setahun?

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 14 Ogos - Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.


Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun.

“Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau.

Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Isnin lalu seramai 766 peneroka dari vRancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit.

(Suara Keadilan)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA