Mahkamah Sesyen memerintahkan Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim dan Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana cubaan membakar rumah ibadat.
Hakim SM Komathy Suppiah berkata mahkamah harus menunjukkan isyarat yang jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tiada tolak-ansur untuk tindakan yang mencemar dan merosakkan rumah-rumah ibadat.
"Individu yang cuba membakar rumah ibadat tidak layak terima sebarang belas-kasihan dari mahkamah," - Hakim SM Komathy
Gereja Metro Tabernacle Desa Melawati menjadi mangsa serangan ekstremis awal Januari lalu selepas pihak tertentu melahirkan rasa marah tentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh komuniti Kristian.
Petualang kejadian itu ditahan dan diheret ke mahkamah selepas ada diantara mereka dikesan sedang menerima rawatan untuk kecederaan lecur.
Mahkamah mendapati keterangan Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham saling bercanggah dan tidak konsisten sebelum menjatuhkan hukuman.
Hakim SM Komathy membenarkan permohonan menangguhkan pemenjaraan dari pasukan peguambela yang mahu memfailkan notis rayuan.

(TVS)
No comments:
Post a Comment