" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 August 2010

Permohonan ESQ, Mahkamah Tetapkan 10 Ogos

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 Ogos ini untuk hujahan sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan syarikat ESQ Leadership Center Sdn Bhd, supaya dibenar membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan berhubung ajaran dan fahaman yang dibawa syarikat itu.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Abu Bakar Jais dan Helmi Hamzah yang mewakili ESQ dan peguam kanan persekutuan Natrah Idris yang mewakili pejabat Peguam Negara.


Abu Bakar memberitahu media bahawa mahkamah memerintahkan mereka memfailkan dokumen berhubung hujahan sama ada mahkamah sivil boleh mendengar permohonan bagi mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman yang difailkan ESQ, sebuah syarikat latihan pembinaan modal insan.

Syarikat itu dalam permohonan yang difailkan pada 26 Julai, menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai responden.

Syarikat itu mendakwa pada 17 Jun lepas, mufti berkenaan iaitu Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan serta fahaman yang dibawa ESQ anjuran warga Indonesia Dr Ary Ginanjar Agustian, dan apa-apa ajaran seumpama dengannya, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi perkara yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam, selain meminta orang ramai menjauhinya.

Memandangkan ia telah disiarkan dalam Warta Kerajaan pada hari yang sama, ESQ memohon deklarasi bahawa fatwa dan penerbitannya yang telah digazetkan itu sebagai terbatal dan tidak sah, selain perintah mandamus bagi memaksa mufti berkenaan menyiarkan pembatalan fatwa tersebut dalam tempoh 30 hari selepas permohonan itu difailkan.

ESQ turut mempertikaikan kaedah serta prosedur yang diguna pakai mufti tersebut dalam membuat dan mengeluarkan fatwa berkenaan mengikut Seksyen 31, 33 dan 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Katanya Seksyen 34 akta berkenaan memperuntukkan bahawa mufti hendaklah mendapatkan perintah daripada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum membuat dan mengeluarkan fatwa berkenaan.

Syarikat itu mendakwa penelitian terhadap fatwa dan penerbitannya yang digazetkan dalam Warta Kerajaan tidak menunjukkan sebarang maklumat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memerintahkan mufti itu untuk mengeluarkan fatwa berkenaan terhadap ESQ.

ESQ mendakwa akibat penerbitan fatwa itu, syarikat tersebut tidak dapat mengadakan latihan pembinaan modal insan kepimpinan yang bertujuan membangunkan nilai potensi manusia iaitu kecerdasan intelektual, emosional dan kerohanian di Wilayah Persekutuan.

Lebih 65,000 orang termasuk kenamaan, tokoh agama, tokoh korporat serta pegawai kerajaan telah mengikuti modul program motivasi yang dikendalikan ESQ di negara ini sejak 2006. - Bernama
" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ Ayat 30

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA