" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 August 2010

PKR Laksana Sistem Baru Pemilihan

PETALING JAYA, 11 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem baru pemilihan, yang membolehkan sekitar 400,000 ahlinya memilih pucuk kepimpinan secara terus - kali pertama dalam sejarahnya, mulai pertengahan bulan depan.

Pemilihan dijadual berlangsung antara 17 September dan 21 November ini manakala keputusan rasmi pemilihan pusat akan diumumkan pada kongres nasional 28 November.

PKR telah meminda perlembagaan parti itu tahun lalu untuk membolehkan semua ahli parti memilih pemimpin bahagian dan 25 pemimpin pusat termasuk presiden, timbalan presiden dan naib presiden.


“Setiap permohonan ahli yang telah diluluskan pemimpin pusat pada 27 Jun lalu bertanggungjawab dan dibolehkan untuk mengundi,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di sini.

PKR mempunyai 218 bahagian dan akan dipecahkan kepada dua iaitu satu mesyuarat umum tahunan serta pemilihan pemimpin bahagian dan kedua adalah untuk memilih pemimpin pusat.

Bahagian akan mengundi untuk memilih pemimpin pusat pada hujung minggu antara 29 Oktober dan 21 November.

Pemilihan itu akan diselaraskan oleh 10 ahli jawatankuasa pemilihan parti, yang diketuai Dr Molly Cheah.

Parti itu juga akan melantik 150 pegawai bagi memantau proses pemilihan tersebut.

“Kita rasa jumlah tersebut munasabah bagi memantau setiap bahagian nanti,” kata Saifuddin.

Beliau berkata, ahli parti yang tinggal jauh dari bahagian masing-masing juga boleh memohon untuk mengundi di pejabat parti.

Ketika ditanya kemungkinan ada pengundi hantu yang akan mengundi pada pemilihan parti, Saifuddin berkata, ia tidak mungkin berlaku.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata, parti bersedia untuk melakukan pemilihan itu yang beliau anggap sebagai pertama dalam sejarah.

“Kita telah terangkan kepada bahagian tentang proses pemilihan, bukan hanya sekali tetapi beberapa kali,” kata Syed Husin.

“Ini sangat bersejarah, kerana buat pertama kali adalah pemilihan secara langsuung, di mana setiap ahli mempunyai hak untuk mengundi,” tambahnya.

(TheMalaysianInsider)

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA