" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 March 2010

Tuanku Mizan Pertahan Hak Kebebasan Bersuara

Kebebasan bersuara adalah antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang dan ia tidak boleh diambil sebagai satu alasan untuk memburuk-buruk pihak tertentu, titah Yang DiPertuan Agong.

Baginda juga kesal dengan peranan media yang telah memaparkan isu-isi fitnah, pembohongan dan putar belit fakta dan menyeru kepada pihak terbabit agar menghentikan perbuatan tersebut yang boleh mengeruhkan keadaan politik sekarang.

Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah demikian semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga sidang Parlimen ke-12 yang bermula hari ini.

Baginda tiba bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahriah di Parlimen disambut oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Dalam titap ucapan, baginda menegaskan masalah pendidikan yang perlu diutamakan selain menambah baik pengangkutan awam, memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, memperkasanakan prasarana luar bandar dan pendalaman serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Baginda juga bertitah dengan keadaan kemerosotan ekonomi global kerajaan perlu meningkat usaha menggunakan sepenuhnya sumber dan peluang yang ada untuk membawa negara keluar dari masalah tersebut.

Pemberian subsidi perlu distruktur semula dan dikurangkan secara berperingkat, walau bagaimanapun kumpulan sasar seperti kumpulan miskin terus dibantu agar mereka tidak terbeban.

Dasar baru pendidikan juga ditekan dengan memartabatkan Bahasa Malaysia selain memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Gegala rasuah yang berleluasa menarik perhatian Yang Di-Pertuan Agong, baginda berharap kerajaan dapat memerangi segera dan melaporkan jenayah tersebut dengan penuh tanggungjawab, selain rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat digubal bagi melindungi pengadu yang membuat pendedahan rasuah.

Baginda juga berharap pembangunan generasi baru Felda perlu diteruskan melalui program latihan kemahiran yang meliputi kerjasama dengan pihak swasta dalam bidang berprofil tinggi serta mempunyai pasaran kerja yang lebih baik.

Pembinaan rumah mampu milik jugperlu dibina di tanah rancangan atau kawasan berhampiran yang sesuai, ini akan mengalakkan lebih banyak pusat pertumbuhan baru dan mengurangkan penghijrahan belia ke bandar.

Perpaduan dan saling hormat-monghormati antara kaum dan agama juga menarik perhatian, baginda menekankan ia perlu dijaga sebagikannya kerana kaum dan agama adalah tunjung kekuatan negara.

Di akhir ucapan baginda berharap setiap Ahli-ahli Parlimen dapat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat.

(Suara Keadilan)

1 comment:

Anonymous said...

Salam..
Aku tak heran pun sapa-sapa punya ucapan sekarang ni hatta raja ker, agung ker sapa ker... yang penting intipati ucapan yang yang harus diteliti dan dihayati. Dan yang lebih penting adakah ucapan tu dikarang sendiri oleh yang menyampaikanya??? Atau sekadar tukang baca sahaja??? Aku rasa kita tak perlulah beria-ria sangat untuk memetik secebis ucapan yang kononnya menepati aspirasi perjuangan kita dan menyebarkan nya di blog atau apa jenis media sekali pun walhal sebahagian ucapan yang lain jauh tersasar daripada kenyataan yang berlaku pada hari ini. Kenapa tidak ada di dalam titah YDPA berkaitan isu diskriminasi kerajaan pusat kepada kerajaan negeri2 PR (baca rakyat), isu royalti minyak kepada rakyat Kelantan, kegiatan tunjuk perasaan berbau perkauman oleh sebahagian NGO (PERKASA) yang tidak langsung mendapat perhatian & tindakan pihak berkuasa dan banyak lagi isu yang menyentuh kepentingan rakyat seperti PDRM & SPRM yang seolah2 menjadi musuh rakyat terutamanya kepada penyokong PR??? Adakah Tuanku YDPA tidak pernah tahu isu-isu semasa tersebut atau penulis teks titah baginda mengarang berdasarkan kehendak dan selera orang lain?? Tuanku YDPA adalah raja dan PENAUNG bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira apa bangsa sekalipun dan berkecuali daripada cenderung kepada mana-mana parti politik. Justeru, seharusnya intipati titah baginda adalah memberi peringatan kepada semua ahli parlimen agar bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat keseluruhannya! RAKYAT adalah Tuan dan majikan, ahli2 YB adalah pekerja kepada Tuannya yang membayar elaun dan gaji bulanan. Apa lagi yang paling penting selain bekerja untuk Rakyat!

Aku tak rasa YDPA akan kagum dengan Najib yang kononnya mendekati rakyat dengan program2 turun padang nya... Atau Najib dah kena perli tu... hehe.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA