" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 March 2010

Syed Husin: Fairus Sejak Dulu Liabiliti PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini boleh menarik nafas lega kerana perlu tidak lagi menanggung liabiliti berikutan bekas Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata alasan Fairus kononnya keluar PKR dan menyertai Umno atas dasar kepentingan kaum dan agama, nyata sangat memalukan.

Syed Hussin berkata sejak Fairus menyertai kerajaan Pulau Pinang hingga meletak jawatan kerana disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas ADUN Penanti itu adalah liabiliti kepada PKR.

“Apabila berhenti, Fairus menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

"Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun PKR tidak mampu berbuat demikian,” kata Syed Hussin dalam satu kenyataan media.

Syed Husin berkata, atas rasa belas ikhsan terhadap isteri dan anak Fairus, beliau di beri ‘kerja’ dengan gaji RM4,000.

Bagaimanapun, bantuan itu tidak memuaskan hati Fairus yang akhirnya mengambil tindakan memburuk-burukkan parti.

“Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu. Fairuz memberikan alasan kepentingan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar,”katanya.

(TVS)

2 comments:

newvoter said...

yang hendak keluar ,keluarlah.
tetapi penyokong pr tetap bersama pr.
tak perlu bercakap banyak. kalah nak kata pr semakin lemah terpulanglah, namun pr13 yang sebenarnya jawapannya, bukan pada pemimpin yg keluar.
kuat atau lemah pr terletak pada penyokongnya, bukan pada pemimpin yang keluar.

Anonymous said...

PRU 13 kita singkirkn UMNO habis habisan, puak UMNO banyak menyalahgunakan kuasa. Hentikan sebelum rakyat murka. jangan tingkatkan suhu kesabaran rakyat. kenapa UMNO tidak mahu berubah, kecewa..kecewa.. kecewa ... dengan sikap kejam UMNO...cisssss...... kita tidak mahu malaysia menjadi seperti iraq. Negara hancur Presidennya dihukum gantung.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA