" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 March 2010

Suara muda PKR: 3 MP Khianati Parti, Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah muncul pada majlis “suara muda” di sini malam tadi dengan menegaskan masa depan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang kini dilanda ujian getir ekoran tindakan tiga Ahli Parlimennya keluar parti, bergantung kekuatan kepimpinan generasi muda.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini juga menegaskan suara generasi muda mula kelihatan hilang selepas tindakan tiga wakil rakyat berkenaan — Bagan Serai, Nibong Tebal dan Bayan Baru — keluar PKR yang diketuainya ayahnya.

“Saya percaya adalah penting bagi orang ramai di luar memahami atau mengetahui suara atau aspirasi kepimpinan muda dalam parti, yang kadangkala dipinggirkan dan dilupakan dalam ‘bencana’ yang wujud sekarang,” kata Nurul Izzah, wakil rakyat penggal pertama.

Suara muda ini dikeluarkan selepads 12 Ahli Parlimen menyatakan sokongan setia kepada PKR. Esok baki Ahli Parlimen PKR dijangka akan berbuat demikian.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri memutuskan untuk keluar PKR, menjadi wakil rakyat ketiga berbuat demikian selepas rakannya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng dari Nibong Tebal mengucapkan “selamat jalan” kepada parti mereka.

“Saya merasakan kesemua daripada kita mempunyai perbezaan pandangan dan oleh itu kita berada di sini dan masih berkomited kepada perjuangan, bukti kita mempunyai ruang yang cukup untuk melahirkan pandangan khususnya daripada generasi muda.

“Jika anda benar-benar seorang reformasi tulen, maka anda akan melakukan yang terbaik untuk mengatasi perbezaan dan bekerjasama untuk mencari satu penyelesaian.

“Mereka yang memutuskan untuk meninggalkan parti seharusnya dilabelkan sebagai mereka yang mengambil peluang sebab anda meninggalkan perjuangan,” katanya.

Nurul Izzah yang turut terkenal dengan jolokan Puteri Reformasi, yang mengetuai pergerakan untuk membebaskan ayahnya sejak sedekad yang lalu berkata, parti memerlukan kepimpinan generasi muda untuk meneruskan perjuangan.

“Apabila anda bercakap mengenai hala tuju masa depan parti, anda tidak boleh berjaya tanpa sokongan dan generasi muda datang bersama,” kata beliau dalam ucapannya.

Nurul Izzah berkata landskap politik negara telah dibentuk oleh Barisan Nasional dengan kebanyakan institusi menyebabkan generasi muda terlibat dalam politik wang.

“Anda perlu memahami realiti terlibat dalam politik pembangkang.

“Anda menghadapi ujian yang sebenar dan kesengsaraan malah masa depan yang sukar tanpa ganjaran kewangan, jadi anda perlu mendidik generasi muda untuk menjadi sebahagian daripada proses politik.

“Anda tidak harus terlibat dalam rasuah ketika anda masih muda dan tidak harus bersama dengan mereka yang sanggup menjual jiwa mereka untuk melakukan apa sahaja agar anda boleh menjadi kaya atau menjadi berjaya dengan cepat,” katanya.

Oleh itu kata beliau, ini adalah perjuangan yang sangat penting bagi dirinya, yang melampaui perjuangan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menambah mereka yang mengkhianati parti tidak perlu untuk politik baru.

“PKR merupakan sebuah parti politik baru yang membawa budaya politik baru, yang kemungkinan janggal kepada mereka yang terlibat dalam politik lama.

“Ia adalah sesuatu yang sukar kepada sesetengah orang, jadi kita perlu melalui proses ini,” kata beliau yang juga setiausaha politik kepada Selangor Mentri Besar.

Ekoran tindakan mereka keluar parti, Nik Nazmi menambah Anwar juga telah meminta maaf kerana tidak memilih calon-calon yang tidak berkualiti

“Sudah pasti, kita perlu memperbaiki beberapa perkara tetapi saya merasakan kita perlu menelan peluru dan menghadapinya,” katanya.

Sejak pilihan raya umum ke-12, empat Adun PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), Mohd Radzhi Salleh (Lunas) dan Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) telah keluar parti dan menjadi wakil Bebas “mesra BN”.

Ahad lalu Mohd Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri I Pulau Pinang dan Adun Penanti telah menyertai Umno.

Adun Bukit Selambau, Kedah V Arumugam melepaskan kerusinya tahun lalu, membawa kepada pilihan raya kecil. Beliau menyertai PKR selepas bertanding sebagai calon Bebas pada 8 Mac.

Dalam pada “Ikrar Setia Kami Kepada Keadilan” yang diedarkan menyebut: “Pada 8 Mac 2008, kami dipilih warga Malaysia di kawasan kami yang mengundi untuk sebuah harapan dan perubahan menggantikan kejumudan.

“Rakyat mahukan politik baru yang menolak desakan perkauman, rasuah dan salah guna kuasa.

“Objektif yang kami terus usahakan apabila mewakili Parti Keadilan Rakyat ialah untuk membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu.

“Namun, ada mereka yang berfikir bahawa dengan kemenangan, perjuangan ini sudah tidak perlu diteruskan. Mereka berhenti berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang sepatutnya dan mahu menjadikannya sebagai “masa mengaut hasil rampasan perang.

“Apabila ini tidak dapat dilakukan, mereka menuntut ‘pampasan’ daripada parti, membuat tuntutan di luar kewajaran demi kepentingan diri mereka sendiri.

“Apabila dinafikan, mereka bertindak seakan mengugut dan kini meninggalkan parti. Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas sedangkan semua melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu.

“Ada yang mahu insiden ini dilihat sebagai perpecahan dalam Pakatan Rakyat, namun ia sebenarnya satu lagi usaha berterusan mereka yang mahu terus berkuasa.

“Barisan Nasional menyedari bahawa cara politik usang yang mereka bawa kian tiba ke penghujung. Untuk melengahkan hakikat ini, mereka menggunakan strategi serampang dua mata. Pada satu sudut, mereka cuba menggambarkan bahawa mereka sedang menjuarai perubahan yang kami canangkan.

“Pada sudut lain, mereka merosakkan kepercayaan rakyat dan memanipulasi jentera kerajaan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, serangan perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan memperlekehkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin utama PAS di Kelantan dan Malaysia adalah sebahagian contoh jijik yang ada.

“Dengan memilih untuk mendokong tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini telah memilih untuk terus memandang ke belakang.

“Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih untuk perubahan dua tahun lalu. Tindakan mereka membuktikan bahawa mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat.

“Mungkin ada yang percaya bahawa ada lagi yang akan mengikuti mereka, tapi kami pimpinan muda dalam Pakatan Rakyat, yang dipilih oleh rakyat, berikrar bahawa kami akan kekal berjuang biarpun berdepan dengan cabaran, pujukan dan penindasan yang ada.

“Kami tidak akan berpatah balik. Kami mahukan perubahan untuk Malaysia, kami mahu berkhidmat kepada rakyat. Kami akan memenuhi kepercayaan yang diberikan rakyat.

“Kami tahu bahawa agenda Keadilan yang inklusif dan tidak bersifat perkauman adalah ruang terbaik untuk kami meneruskan agenda membawa negara ke hadapan.

“Selama ini semua anggota parti mempunyai ruang memberi pandangan terhadap agenda yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat, yang telah disepakati dengan semangat musyawarah.

“Pakatan Rakyat telah mencipta sejarah dengan Kerangka Dasar Bersama yang memaparkan persetujuan tulen rakyat Malaysia untuk abad ke-21. Kami akan turun bersama rakyat untuk berbincang dan bertukar fikiran dengan seluruh masyarakat bagi merealisasikan prinsip ini.

“Berikan kami dokongan juga nasihat dan pandangan. Kami mahu belajar daripada anda, dan bersama anda.

“Dengan cara ini, kami berharap dapat menggembeling rakyat yang perihatin untuk menghidupkan semula Perlembagaan dan semangatnya, menyatukan rakyat dan merealisasikan impian yang disebut oleh Bapa Kemerdekaan kita dalam Pemahsyuran Kemerdekaan ‘…menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa’.

“Ini adalah impian mereka dan kini kami. Ini adalah impian bersama kita rakyat Malaysia. Kami akan mempertahankan dan menghidupkannya dengan seluruh jiwa dan maruah yang ada.

“Kami telah berikrar menyumbang usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara ini, dan kami akan menunaikannya.”

Ikrar itu ditandatangani oleh Nurul Izzah, Amran Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan), S Manikumar (Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India dan Adun Bukit Selambau, Kedah), Amirudin Shari (Adun Batu Caves, Selangor), Gan Pei Nei (Adun Rawang, Selangor), Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau, Perak), Chang Lih Kang (Adun Teja, Perak), Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai, Perak), Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerejak, Pulau Pinang), Kesavan (Adun Hutan Melintang, Perak) dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

1 comment:

Manjung Mari said...

Jom kita lancarkan kutipan kilat bantu PR.Aku cadangkan tiap bulan kita collect RM100 dpd setiap penyokong PR dan duit tu kita gabungkan dgn kutipan setiap Hari Jumaat mesjid di negeri2 dibawah pemerintahn PR,hasilnya kita bagi samarata kpd setiap Wakil Rakyat PR utk belanja mereka.Insyaallah,dgn duit poket yg lumayan tersebut tak kan ada lagi Wakil Rakyat PR yg akan melompat ke sebelah sana...

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA