" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 March 2010

BBC Selangor Teguh Bersama PR, MB

Ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor terus menyatakan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan kepimpinan di bawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Pengerusi BBC, Dr. Abd Rani Osman mengutuk tindakan keluar parti oleh ketiga-tiga orang Ahli Parlimen kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai, iaitu Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri yang sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas.

“BBC melihat tindakan yang membelakangi mandat yang diberikan rakyat ini sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PR.

“Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada PKR dan mahu membina barisan indipenden bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan," kata Timbalan Pengerusi BBC Selangor, Dr Abd Rani Osman.

Dalam pada itu, beliau megutuk alasan diberikan oleh mereka yang keluar parti baru-baru ini merupakan jalan mudah semata-mata untuk menutup kelemahan peribadi dan cara kerja yang semakin merosot di pandangan mata rakyat.

Abdul Rani berkata BBC di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan EXCO akan sentiasa bekerja keras untuk membangunkan Selangor.

“Di bawah konsep besar Merakyatkan Ekonomi Selangor, kerajaan PR Selangor telah membawa perubahan dalam mentadbir kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan dahulu. Pelbagai program telah dilancarkan untuk memanfaat golongan anak-anak kecil, pemuda yang menuntut di IPT dan golongan usia emas.

“BBC juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dasar-dasar kerajaan. BBC juga bergiat aktif dalam kesemua jawatankuasa tetap dan jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan Dewan Negeri Selangor untuk memantau pentadbiran," tegas Dr Rani.

(TVS)

1 comment:

Manjung Mari said...

Ikrar jer tak cukup bro...kena ada black & White geng2 ni tak akan lompat ke sebelah sana,maklumla,manusia ni kalau main dgn duit dan pangkat,takat mana dia boleh tahan.PAS dah ada caranya sendiri,tak berani ahli2nya nak cabot sebab terpaksa kena bercerai dgn anak bini.So aku cadangkan Wakil Rakyar PKR yg bujang2 tu kawin jer sesama mereka,jadi susah sikit nak buat hal kan? Tak pun yg solo tu kawin jer dgn yg dah kawin-ikut cara Islam,gerenti semua beres!!
PAS- Membangun Bersama Islam!

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA