" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 February 2011

Ribuan Banjiri Himpunan Pemuda PAS

ALOR SETAR 19 FEB : Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dibanjiri ribuan ahli parti itu untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

Malah perhimpunan hari ini menyaksikan penyertaan ahli barunya seorang pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman.

Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat terus berada di landasan yang tepat.

Beliau juga turut menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.

Menurut Azizan, setakat ini beliau masih belum berpuas hati dengan jumlah pendaftaran golongan muda di negeri itu.

Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.

(TVSnews)

No comments: