" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 February 2011

Iran Yakin Akan Wujud Timur Tengah Tanpa AS & Israel

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengatakan bahawa Timur Tengah baru tanpa AS dan Israel akan diwujudkan dalam waktu terdekat.

"Saya meyakinkan anda bahawa walaupun semua perancangan jahat dan sulit, berkat perjuangan bangsa-bangsa, akan ada Timur Tengah baru, tapi tanpa AS dan rejim Zionis (Israel)," katanya semasa perhimpunan di Azadi Square Tehran sempena ulang tahun ke-32 Revolusi Islam Iran.

Presiden Iran itu juga mendesak supaya kuasa angkuh tidak ikut campur-tangan dalam urusan dalaman negara-negara di Timur Tengah seperti Mesir dan Tunisia.


"Apa yang kamu (Amerika & sekutunya) lakukan di Afghanistan? Kenapa pangkalan tentera di wujudkan di sini (Timur Tengah)? Adakah kamu penyayang atau munafik?" soal Ahmadinejad.

Beliau juga berpendapat bahawa Barat adalah 'penipu' dalam mendakwa bahawa dengan slogan dua-negara itu boleh membuka jalan bagi Israel untuk mendominasi kawasan tersebut.

Berkenaan revolusi di Mesir, Presiden Iran itu mengingatkan orang-orang Mesir supaya berwaspada, bertekad bahawa "Itu adalah hak anda untuk bebas. Itu adalah hak anda untuk memutuskan kerajaan anda, dan itu adalah hak anda untuk bebas mengekspresikan diri tentang negara anda dan isu global. Jadi bersatu dan tidak takut pemerintahan yang korup, dan kemenangan sudah dekat."

Hari ini, ribuan orang berkumpul di luar istana presiden di Kaherah Mesir setelah Presiden Hosni Mubarak masih berkeras tidak mahu melepaskan jawatan.

Ketegangan semakin meningkat hari ini yang sudah masuk hari ke-18 dari protes pro-demokrasi di mana berjuta-juta orang telah datang bersolat Jumaat di masjid-masjid untuk berdoa bersama-sama.

terjemahan dari: PressTV

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

1 comment:

Bobby said...

Great post thhankyou