" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

22 February 2011

Gempa Kuat Telah Melanda New Zealand

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.3 skala Richter telah melanda Christchurch, New Zealand pagi ini, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang manakala begitu banyak bangunan telah runtuh.

Penduduk yang dalam keadaan panik akibat daripada malapetaka itu ada antaranya menelefon keluarga mereka untuk meminta pertolongan.

Ini merupakan gempa bumi kedua dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September yang berukuran 7.1 skala Richter, pada jam 12:51 waktu tempatan Beberapa orang dilaporkan berada di dalam menara Cathedral Christchurch yang telah menyembah bumi.

Televisyen tempatan menunjukkan mangsa sedang di tarik keluar oleh pasukan penyelamat dari runtuhan. Namun tidak pasti apakah salah satu dari mereka masih hidup. Batu konkrit bertaburan di atas jalan yang ada antaranya telah retak dan terbelah.

Ramai dari kalangan penduduk menangis dengan wajah berlumuran darah, berasak-asak untuk menyelamatkan diri apabila siren kecemasan mula kedengaran.

No comments: