Alumni Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) hari ini merayu kerajaan menyediakan pesawat khas untuk membawa pulang lebih 1,200 pelajar Kelantan yang berada di Mesir.
Pengerusi persatuan Zulkifli Mat Yusof berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelajar di sana, keselamatan mereka semakin tidak terjamin kerana keadaan di Mesir kini bertambah tegang.
"Terkini kami mendapat maklumat keadaan semakin kritikal, ramai pelajar dari negeri ini terkandas dan terpaksa bergerak tanpa hala tujuan untuk keluar dari negara itu bagi menyelamatkan diri.
"Perkara itu menimbulkan kebimbangan kepada pihak kita dan ibu-bapa di negeri ini, yang merupakan negeri yang memiliki jumlah pelajar terbesar di Mesir," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata persatuan itu memantau perkembangan di Mesir dengan menghubungi pelajar, keluarga mereka serta pihak Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah setiap empat jam, setiap hari.
KPKM juga katanya, telah menubuhkan Gerakan Membantu Pelajar di Mesir (Getir) bagi memastikan ibu bapa pelajar mendapat maklumat terkini mengenai keadaan anak mereka.
"Selain itu kita juga akan melancarkan Tabung Kutipan Sumbangan Kewangan untuk disalurkan kepada pelajar di sana dan solat hajat di Medan Ilmu pada 4Februari ini," katanya.
Zulkifli berkata Getir yang beroperasi di Tingkat 2, Kompleks Yakin Jalan Gajah Mati dekat sini berpoerasi 24 jam dan ibu bapa yang berkenaan boleh menghubungi mereka di talian 010-5731922 atau 010-5731933.
Sementara itu, seorang pelajar perubatan Universiti Al-Azhar, Tengku Far'ainQistina Tuan Kamarul Baharin, 21, yang selamat tiba di tanah air pagi semalam berkata beliau membawa pesanan rakan-rakan di sana yang meminta kerajaan membawa mereka pulang pada kadar segera.
Keadaan di sana amat kritikal kerana bukan saja bekalan elektrik terganggu,catuan air juga mula dilaksana selain kebanyakan bank sudah tidak beroperasi menyebabkan sukar mendapat wang tunai, katanya.
"Kami hidup dalam ketakutan..kediaman saya di Sabi' kira-kira 15 kilometer dari tempat tumpuan rusuhan, di Dataran Tahrir, Kaherah, tetapi bunyi bom,tembakan dan jeritan dapat dirasai dengan jelas di kawasan ini.
"Bayangkan bagaimana keadaan pelajar Malaysia yang kini berada di kediaman mereka di Kaherah dan kawasan berhampiran rusuhan itu," katanya yang berjaya membeli tiket penerbangan Gulf Air menggunakan kad kredit milik ibu rakannya untuk pulang ke tanah air.

(TVSnews)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment