" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

22 April 2009

Benarkah Permasaalahan Dalam PR Wujud?

Baru2 ini media arus perdana mahupun alternatif ada menceritakan kisah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng secara peribadi menyatakan perasaan kurang gembira kerana DSAI tidak memaklumkan kepada beliau mengenai peletakan jawatan Mohammad Fairus.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali pula meminta agar Lim tidak melanjutkan lagi perbincangan melalui media mengenai isu yang sama. Ini kerana ia hanya menguntungkan pihak lawan. Hari ini Lim menganggap masalah antara beliau dan DSAI telah selesai. Beliau mengesahkan bahawa DSAI telah memohon maaf.

Jadi, mulai hari ini semua pihak hendaklah berhenti dari mencana isu ini. Bagi saya, PR sejak kebelakangan ini seperti ada yang tak kena. Permasaalahan dalaman dilihat semakin menjadi-jadi.

Terbaru Malaysiakini pula melaporkan selepas DAP dan PKR, kini PAS pula dengan PKR. Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN Penanti.

Usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur. PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga PRK terpaksa diadakan.

Jadi, sekiranya benar isu terbaru ini, parti lawan dilihat tidak berseorangan mengenai pendapat bahawa mereka tidak berpuas hati dalam keadaan terpaksa menghadapi PRK ini. Kenapa suasana ini boleh berlaku? Dalam PR sendiri sudah saling mencurigai? Sekiranya beginilah sikap parti2 koponen dalam PR, nescaya Najib akan membuat 'kenduri besar' kerana kerajaan beliau akan terus kekal memerintah!

Apakah parti komponen dalam PR tidak percaya bahawa tindakkan ADUN Penanti melepaskan jawatan demi kepentingan rakyat? Bukankah kita tidak mahukan pemimpin yang ada 'penyakit'? Benar atau tidak, tuan empunya diri tidak pula sibuk2 menghentam parti beliau. Sepatutnya beliau yang bertindak sedemikian.

Cuba kita ingat kembali, DSAI sediri tidak terburu-buru untuk memutuskan perkara ini. Sedangkan isu ini sudah lama kedengaran. Beliau telah berkata bahawa bukti tidak cukup serta tidak mustahil ADUN Penanti ini disabotaj oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Cuma selepas ketua AMK Kepala Batas membuat sidang media dalam TV3 Suku, kes ini terpaksa diputuskan dengan kadar segera.

Disini kita boleh lihat, DSAI sebenarnya tidak mahu bertindak tanpa ada bukti yang kukuh. Dalam kenyataan beliau sendiri semasa Fairus menghantar surat peletakan jawatan sebagai TKM 1, beliau mengatakan Fairus ingin menyambung belajar keluar negeri. Sedangkan pada masa itu majoriti telah dapat mengagak siapa sebenarnya yang terlibat dalam skandal rasuah batu kuari.

Sekiranya isu ini tidak benar, saya memohon maaf. Tapi kalau nak dikira, Malaysiakini adalah media alternatif yang sama rata. Harus diingat kepada semua pemimpin, ahli, pendokong serta pengikut PR, sekiranya kita tidak dapat bersabar dengan dugaan serta segala tektik kotor pihak lawan, nescaya rakyat yang ingin melihat perubahan yang diimpi-impikan selama ini teramat kecewa kepada PR.

UMNO/BN tidak dapat ditumbangkan sekiranya PR yang menjadi harapan rakyat hari ini terpecah disaat-saat akhir untuk menghampiri kemenangan. Teruskan perjuangan, perbaiki kelemahan, selesaikan segala permasaalahan dan mantapkan Pakatan......


21 April 2009

Antara Keberanian Fairus dan Ketamakan J.O.H.N.

Tindakan UMNO/BN merampas kuasa dengan menumbangkan kerajaan sah pilihan rakyat daripada PR Perak 5 Februari lalu mempunyai implikasi politik yang amat mendalam ke atas negeri itu yang berlarutan sehingga kini tanpa nampak penyelesaian yang telus walaupun tanda2 ke arah tersebut semakin nyata.

Apa pun UMNO/BN berjaya mendalangi kerja kotor mereka melalui penderhakaan 3 ADUN Negeri PR iaitu ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, kedua-duanya daripada PKR dan ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Foong. Seorang lagi, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR beberapa hari sebelum rampasan kuasa kerajaan negeri Perak telah menyertai semula UMNO.

Beberapa hari lalu ADUN Penanti daripada PKR, Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan secara mengejut walaupun sudah dijangka sejak beliau melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang 8 April lalu.

Dengan serta merta PM, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan Fairus itu sebagai "political ploy" atau permainan politik dan mengumumkan pada masa yang sama kemungkinan BN tidak akan menyertai PRK yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari demi mengelakkan pembaziran.

Lain pula nada beliau apabila 3 ADUN dari Perak melompat dari PR untuk menjadi wakil bebas tetapi menyatakan sokongan terhadap BN. Beliau berkata itu adalah hak ketiga-tiga ADUN tersebut serta Datuk Nasaruddin untuk memilih parti mana yang mereka sokong. Jadi apakah persamaan yang dimiliki oleh kesemua ahli politik ini dan pula perbezaan antara tindakan Fairus, Jamaluddin, Osman, Hee dan Nasaruddin?

Berbeza dengan Fairus yang secara terhormat meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan juga ADUN Penanti, Jamaluddin, Osman, Hee dan Nasaruddin atau akronimnya J.O.H.N. meninggalkan parti mereka melalui cara yang dianggap rakyat sebagai hina, tidak berprinsip, tidak bermaruah dan mudah di beli dengan wang ringgit dan tarikan material.

Walaupun Fairus sedang disiasat oleh SPRM berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang beliau memilih untuk menyelamatkan imej dan masa depan parti serta nama baik beliau dan keluarga dengan melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan.

Alasan yang diberi pula adalah munasabah, iaitu untuk menyambung pelajaran pasca siswazahnya serta memberi tumpuan kepada keluarga. Beliau tidak boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah selagi SPRM belum selesai menjalankan siasatan dan pendakwaan belum dibuat terhadap beliau.

Sebenarnya Fairus mempunyai banyak opsyen, sekiranya mahu kekayaan melimpah ruah melalui tawaran wang ringgit dan projek beliau boleh terus melompat kepada UMNO atau menjadi ADUN Bebas atau mengumumkan keluar parti. Namun beliau memilih jalan yang lebih payah tetapi tetapi kaya dengan nilai moral, integriti dan maruah yang tinggi. Tindakan Fairus hanya membangkitkan kemarahan Umno dan BN bukannya kemarahan rakyat.

UMNO/BN marah kerana mereka tidak mampu lagi berhadapan dengan satu lagi kekalahan yang memalukan setelah dihukum rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bagi UMNO/BN, kekalahan di Penanti sekiranya mereka bersetuju bertanding bererti kepimpinan Najib dan gagasan BN ditolak secara mutlak oleh rakyat Semenanjung Malaysia.

Dengan kenyataan Najib bahawa BN mungkin tidak bertanding di Penanti sudah cukup meghadiahkan kekalahan moral kepada Umno dan BN dan kemenangan hakiki kepada PR. Bagaimana pula dengan tindakan J.O.H.N.? Senario politik Perak dikatakan bermula dengan misteri kehilangan mereka bertiga.

Jamaluddin dan Osman menghilang diri atau dihilangkan sejak 26 Januari dan membuat deklarasi pada 3 Mach bahawa mereka kini berstatus ADUN Bebas. Pada masa yang sama Hee juga dilaporkan hilang apabila gagal menghadiri satu majlis anjuran DAP lantas mencetuskan khabar angin beliau telah melompat parti.

Tindakan Hee agak mengecewakan kerana gagasan PR sahajalah yang sanggup meletakkan Hee pada kedudukan yang tinggi bukan sahaja sebagai ADUN malah lebih daripada itu apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri wanita daripada golongan OKU yang pertama di Malaysia.

Begitu juga dengan nasib Datuk Nasaruddin yang bersungguh-sungguh berkata beliau meninggalkan UMNO kerana tidak tahan dengan kepimpinan yang disaluti rasuah dan menyatakan UMNO menuju kepada kehancuran disebabkan itu. Lebih kurang seminggu menyertai parti barunya, PKR, beliau dilaporkan menyertai semua parti yang dicercanya sebelum itu.

Pada 4 Februari seperti yang dijangka rakyat Perak keempat-empat ADUN tersebut muncul di Sri satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib. Beliau tanpa segan silu di atas perbuatan yang dilakukan dengan politik kotor yang diamalkan dengan membeli, merasuah, mengugut dan menculik ADUN2 tersebut lantas mengumumkan bahawa mereka kini memberi sokongan padu kepada BN.

Melihat kepada 2 senario antara apa yang dilakukan oleh Fairus dan apa yang dirancangkan oleh kumpulan J.O.H.N., nyata perbezaannya adalah antara langit dengan bumi, antara prinsip dan sifat tamak haloba, kesetiaan dan penderhakaan, politik pro-rakyat dan politik kedurjanaan.

Fairus melakukan apa yang dilakukan demi parti dan rakyat, supaya parti selamat dan terus utuh dan memulangkan mandat kepada rakyat agar memilih pemimpin yang terbaik bagi mereka. J.O.H.N. pula memilih periuk nasi mereka yang mendahului kehendak, kepentingan dan aspirasi rakyat.

(TVA)






UMNO/BN TEWAS DALAM KEMENANGAN

Selepas saja Che Det menghentam Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan memecat beliau dengan gelagat diktatornya serta mengaibkan beliau dengan pertuduhan yang tidak masuk akal dek majoriti rakyat marhaen, UMNO/BN dilihat seumpama 'tewas dalam kemenangan'.

Sejak daripada itu, UMNO/BN hanya dilihat begitu mendapat mandat daripada rakyat selepas Pak Lah mengambil alih peneraju negara daripada Che Det semasa menghadapi PRU-11. Selepas kita menghadapi PRU-12 yang telah mengejutkan UMNO/BN, setiap kali diadakan PRK, mereka tewas (hanya menang di Batang Ai).

Mungkin kerana ini, Che Det beranggapan suasana kemenangan besar UMNO/BN pada PRU-11 akan berulang lagi dengan kejayaan beliau menekan agar Pak Lah turun sebelum dari tamat tempoh dan mengangkat Najib yang umpama anaknya sebagai PM.

Selepas sahaja Pak Lah mengambil-alih jawatan daripada Che Det, beliau terus mengambil langkah berani dan tegas iaitu membebaskan DSAI serta menggugurkan segala pertuduhan yang terpaksa ditanggung lagi oleh insan yang istimewa ini (DSAI). Kemarahan Che Det kepada Pak Lah memuncak lagi apabila Pak Lah dengan bertanggungjawab menghentikan projek Jambatan Bengkok dan Wliayah Iskandar.

Che Det dengan egonya telah keluar daripada parti UMNO dan menyerang Pak Lah dengan sengitnya. Yang kelakarnya beliau mengatakan bahawa UMNO menjadi 'teruk' adalah berpunca daripada Pak Lah. Apakah Che Det berpendapat melayu mudah lupa seperti beliau yang dilihat mudah pelupa? Che Detlah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan UMNO, membina UMNO dan meruntuhkan UMNO sekali lagi dan hari ini mahu membina sekali lagi pada lewat usianya.

Baru beberapa hari saja Najib menjadi PM,dengan angkuhnya beliau telah kembali ke pangkuan UMNO. Hari ini, suara Che Det begitu kerap kedengaran kembali dengan memberi komen2 mengenai pentadbiran negara dan bagaimana cara negara ini harus ditadbir. Beliau kini dikatakan sudah mula membayangi kepimpinan negara. Adakah pemimpin yang sebegini boleh membawa perubahan kepada UMNO/BN?

Projek Jambatan Bengkok dan Wlilayah Iskandar telah dikhabarkan akan disambung semula. Dengan langkah yang telah diambil, ini akan membuktikan lagi bahawa UMNO/BN telah kembali pada era Mahathir yang tidak mempedulikan istilah pembaziran. Yang penting bagi mereka, kekayaan 'wajib' dikaut seboleh yang mungkin tanpa mengira apakah masaalah yang akan timbul didepan hari.

UMNO seharusnya sedar bahawa antara pembaharuan yang perlu di buat tidak akan dapat dilaksanakan dengan mudah. Najib sendiri perlu mengambil iktibar bahawa perubahan yang mahu dilaksanakan akan sedikit sebanyak mencalar kedudukan UMNO dahulu atas alasan kepahitan ubat bagi menawar penyakit.

Kedudukan UMNO yang tenat sekiranya di banding dengan keadaan dan kedudukan mereka sebelum ini. Perubahan di perlukan tetapi bentuk2 perubahan yang dapat di terima bukan sahaja oleh ahli UMNO malah oleh semua termasuk orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya masih kabur dan tidak menentu.


Usul Terhadap Ali Rustam Ditolak!

PR dalam cubaannya untuk menegakkan keadilan dan membenteras rasuah telah menemui kegagalan. Ini berikutan usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah menemui kegagalan. Usul itu ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Othman Muhamad pagi tadi.

Ketua PR di DUN Melaka, Goh Leong San (DAP-Kesidang) telah memfailkan notis berkenaan untuk memanggil satu Sidang DUN tergempar bagi membincangkan usul tersebut. Menurut beliau usul tergembar itu berbunyi:-

"Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mengarahkan suatu undi tidak percaya diadakan terhadap Ketua Menteri Melaka pada persidangan yang berlangsung pada 20 hingga 23 April 2009, kerana penglibatan beliau dalam politik wang semasa pemilihan parti menunjukkan perbuatannya yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak menyenangkan telah menyebabkan rakyat Melaka kehilangan keyakinan serta meragui integriti terhadapnya".

Alasan yang telah diberikan oleh speaker DUN pula ialah berdasarkan 3 syarat di bawah Peraturan Mesyuarat DUN Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.

"Saya telah meneliti usul itu, memang ia memenuhi syarat pertama iaitu perkara tertentu tetapi syarat berkehendak disegerakan dan kepentingan orang ramai. Tapi saya lihat, ianya tidak relevan, tidak ada kaitan di situ kerana ianya tidak perlu disegerakan, ia bukan seperti bencana alam.

Walaupun usul berkenaan menyentuh isu yang khusus tetapi tidak memenuhi dua kriteria yang lain iaitu tidak perlu disegerakan dan bukan menyentuh kepentingan publik memandangkan ia telah pun diselesaikan oleh Umno".

Dengan keputusan speaker DUN ini, rakyat yang ingin dipimpin oleh pemimpin yang bebas dari penyakit rasuah teramatlah kecewa. Ini kerana UMNO/BN merupakan sebuah kerajaan yang digembar-gemburkan oleh PM Baru iaitu kepentingan rakyat akan didahulukan.

Jadi bila ada pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah, mereka haruslah mengambil tindakan yang tegas seperti melucutkan apa jua jawatan yang disandang oleh pemimpin berkenaan. Dalam pemilihan parti lagi, mereka telah terbukti terlibat dengan menggunakan 'politik wang', apatah lagi bila pemimpin berkenaan menjadi pemimpin yang memimpin rakyat disesebuah negeri.

20 April 2009

Penyokong MB Dakwa Idris Jusoh Terlibat

Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas MB Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang. Idris kecewa kerana tidak dilantik menjadi MB Terengganu selepas PRU lalu.

Semua ADUN yang mahu menyingkirkan Ahmad merupakan orang Idris kerana mereka dipilih oleh bekas MB itu untuk bertanding dalam PRU lalu. Ditambah pula dengan ramai penyokongnya kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian tahun lalu. Datuk Rosol Wahid kalah, Datuk Din Adam kalah...orang2 inilah yang tidak puas hati dengan MB.

Mereka juga bersikap tidak mahu bersemuka untuk berbincang dengan Ahmad bagi menyelesaikan isu yang mereka tidak puas hati itu. 10 ADUN berkenaan tidak pernah datang untuk menghadiri mesyuarat pra-majlis anjuran Umno negeri, sebelum sidang DUN bermula.

Mereka tidak mahu menerima Ahmad sebagai ketua, sepatutnya orang bawah mesti sokong orang atas. Soal pelantikan MB ia dibuat berdasarkan undang2 tubuh kerajaan negeri. Beliau juga menolak dakwaan pengerusi kelab penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid bahawa Ahmad sukar ditemui.

MB itu mengamalkan dasar terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya. Orang kampung selalu penuh di pejabatnya. Telefon saja nak bertemunya, bukan payah sangat. Kumpulan ADUN BN mahu menyingkirkan menteri besar, kerana kecewa mereka kalah dalam pemilihan Umno bahagian tahun lalu.


Jangan Bincang Isu Fairus Di Media

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, "Bagi pihak PKR saya meminta Ketua Menteri Pulau Pinang supaya tidak melanjutkan lagi perbincangan melalui media tentang kes Mohammad Fairus ini kerana ia hanya menguntungkan pihak lawan Pakatan.

Hari ini DSAI dan Lim Guan Eng telah sempat berbual dan saya percaya semua kekeliruan telah mereka selesaikan. Saya minta semua parti, pemimpin dan ahli dalam PR agar bersatu untuk memastikan kemenangan besar dalam PRK Penanti jika diadakan.

Kami berharap SPR akan bertindak secara profesional mengikut undang2 dan tidak terpengaruh oleh sikap sesetengah pihak berkuasa yang seolah-olah cuba hendak mengelak PRK dari diadakan. Umno berhak untuk tidak meletakkan calonnya dalam PRK Penanti yang sepatutnya diadakan tidak lama lagi.

Mungkin PM dan UMNO bimbang akan kalah dan lebih bimbang lagi jikalau kalah dengan perbezaan undi lebih besar. Kami mengalu-alukan sekiranya Umno memutuskan tidak akan bertanding.

BN boleh memberikan sebarang alasan yang disukainya untuk tidak menyertai PRK ini. Tetapi, kenapa soal pembaziran baru sekarang ditimbulkan, pada hal kerajaan UMNO/BN tidak habis2 membazirkan wang rakyat? Mengapa soal main politik ditimbulkan sekarang pada hal pemimpin2 UMNO/BN tidak sudah2 bermain politik melalui media yang mereka kuasai?".

Elizabeth Wong Kunjungi TGNA

Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu. Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu. Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz. Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu. Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti. Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor. Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.

siasahdaily