" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 October 2010

Umno-BN Kini Berpura-pura Jadi Pejuang Dasar Gaji Minima

SHAH ALAM 10 Okt - Umno-Barisan Nasional tidak pernah serius ataupun berhajat untuk melaksanakan dasar gaji minimaan setelah kalah besar pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Menurut Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU), sebuah pusat kajian yang bebas, pendirian kerajaan berubah secara drastik pasca 8 Mac 2008 dan kini menonjolkan imej ia seolah-olah ”rakan seperjuangan” para pekerja dan tidak bersabar-sabar memperkenalkan dasar gaji minimum.

Malah Pergerakan Pemuda Umno-BN juga dilihat sibuk merancang forum awam bersama MTUC bagi "memperjuangkan" pelaksanaan gaji minima, seakan-akan terlupa bahawa merekalah yang paling lantang terlibat dengan penyekatan pertumbuhan gaji dan penambahbaikan kebajikan pekerja selama empat dekad.


KPRU menjelaskan perkembangan ini menunjukkan perubahan sikap kerajaan tidak berlaku secara tiba-tiba.

Ia merupakan produk PRU-12 dan hasil perjuangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, pertubuhan swadaya (NGO) serta desakan pihak oposisi.

"Tanpa peniupan angin perubahan yang kencang sehingga mengubah lanskap politik Malaysia, segala perkembangan sebegini mustahil berlaku," kata KPRU dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

gajiKPRU berkata walaupun kerajaan dikatakan bercadang akan mengemukakan dasar berhubung gaji minima semasa sidang Dewan Rakyat bermula 11 Oktober namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut gaji minima oleh golongan pekerja bukanlah sesuatu yang baru, yang berbeza cuma tindakan berlainan diambil oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan politik dan keperluan semasa.

"Kali terakhir gesaan dibuat secara besar-besaran adalah pada 18 Jun 2007. Ketika itu, Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menuntut gaji minima RM900 dan Elaun Kos Hidup RM300.

"Sebelum itu, pada 21 September 2006, Jaringan Rakyat Bertindak (Jerit), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, juga menganjurkan satu piket yang melibatkan lebih 1,500 pekerja kilang dari seluruh Malaysia.
Mereka hadir ke Parlimen untuk menghantar lebih 50,000 kad tuntutan yang menuntut Perdana Menteri supaya menggubal Akta Gaji Minimum serta undang-undang yang menjamin hak pekerja.
Kedua-dua desakan langsung tidak dihiraukan oleh kerajaan, malah ramai penuntut gaji minimum tersebut diserbu dan direman oleh polis," kata badan itu.

Kata KPRU lagi pasca 8 Mac 2008, isu gaji minima telah dijadikan sebahagian daripada Manifesto Pakatan Rakyat dengan kerajaan negeri Selangor mengorak langkah ke arah perlaksaannya.

KPRU menegaskan perlaksanaan dasar gaji minima di Malaysia adalah penting memandangkan pendapatan pekerja masih rendah dan sudah lama berada pada tahap hampir beku (stagnation).

Mengikut Laporan Model Ekonomi Baru (MEB), sebanyak 40 peratus isi rumah di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Selain itu, kira-kira 442,000 orang atau 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja tempatan memperoleh pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM720 sebulan.
Tambahan pula, Malaysia telah mengalami stagnasi produktiviti di mana mengikut kajian Bank Dunia, pertumbuhan gaji sebenar hanya mencatatkan peningkatan 2.6 peratus dari tahun 1994 hingga 2007.

"Malaysia juga mengalami cabaran dari segi jurang pendapatan yang semakin luas. Pendapatan isi rumah 40 peratus terendah hanya mencapai 1/7 daripada 20 peratus isi rumah tertinggi, dan lebih kurang 4 juta warga Malaysia hidup di bawah purata tahap KNK iaitu AS$7,600 setiap tahun atau RM2,200 setiap bulan.

"Oleh yang demikian, pelaksanaan gaji minima adalah kritikal untuk mengurangkan jurang pendapatan golongan berlainan dalam strata masyarakat tanpa mengira kaum, di samping mengimbangi gaji sebenar (real wage) yang tidak mencatatkan peningkatan signifikan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

"Dengan kata lain, penetapan gaji minima bukan sahaja dapat dilihat sebagai salah satu langkah memantapkan jaringan perlindungan sosial untuk golongan miskin (majoriti golongan pekerja), malah juga dapat membantu meningkatkan produktiviti melalui pengenalan faktor tolakan (push factor), iaitu dengan menetapkan gaji minima dan memaksa majikan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan produktiviti mereka. Sesungguhnya, pelaksanaan gaji minima adalah selari dengan hasrat rakyat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi," tegas KPRU.

KPRU juga menerangkan kertas kerja mengenai dasar gaji minima yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyebut kebanyakan kajian tidak menunjukkan impak negatif terhadap peluang pekerjaan selepas pengenalan gaji minima (walaupun sebahagian kecil menunjukkan begitu), malah terdapat kajian yang menunjukkan kesan positif.

"Menyentuh dakwaan gaji minima akan memberi impak negatif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Fiscal Policy Institute di Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian pada tahun 2006 untuk membandingkan kesan gaji minima terhadap pertumbuhan PKS dan juga tahap gaji antara negeri-negeri di Amerika Syarikat.
"Hasil kajian sepanjang tempoh tahun 1998 hingga 2003 menunjukkan prestasi negeri dengan pelaksanaan gaji minimum yang lebih tinggi adalah lebih baik," ujar KPRU lagi.

Malah kajian itu menunjukkan pertumbuhan bilangan perniagaan kecil (kurang daripada 50 pekerja) adalah lebih tinggi (5.4% berbanding dengan 4.2% bagi negeri dengan gaji minima lebih rendah).

Pertumbuhan peluang pekerjaan dalam sektor perniagaan kecil juga adalah lebih tinggi (6.7% berbanding dengan 5.3% bagi negeri dengan gaji minimum lebih rendah).

Pertumbuhan jumlah gaji tahunan juga lebih tinggi (24.5% berbanding dengan 21.2% bagi negeri dengan gaji minimum lebih rendah).

Kajian itu membuktikan selepas pengenalan gaji minima, kebanyakan majikan tidak memberhentikan pekerja, sebaliknya melambatkan kadar penambahan sumber tenaga kerja, mengurangkan masa kerja, meningkatkan harga, dan juga mencari penyelesaian lain supaya pekerja mereka menjadi lebih produktif.

Tren sebegini juga dikenalpasti oleh Low Pay Commission di Britain pada tahun 2005 selepas pengenalan gaji minima sejak tahun 1999.

KPRU berkata pengenalan gaji minima bukan sahaja dapat membantu golongan pekerja yang miskin, malah golongan pekerja wanita juga banyak mendapat manfaat daripadanya.

Statistik menunjukkan 2/3 daripada penerima gaji minima di Britain merupakan golongan wanita.

"Memang benar kebanyakan negara maju telah memperkenalkan dasar gaji minima. Bersandarkan statistik perbandingan pada peringkat antarabangsa, daripada 197 buah negara, hanya 28 buah negara yang tidak melaksanakan gaji minima.
"Walau bagaimanapun, gaji minima tidak harus dihadkan sebagai satu-satu kriteria untuk meningkatkan taraf kehidupan para pekerja. Sebagai contoh, walaupun kebanyakan kerajaan Scandinavia seperti Norway, Denmark dan Finland tidak menetapkan gaji minima, tetapi majoriti pekerja mereka dilindungi oleh perjanjian ataupun rundingan kolektif antara majikan dengan pekerja dalam pelbagai sektor.

"Rundingan kolektif tersebut adalah begitu komprehensif di Norway sehingga gaji minimanya adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada Britain pada tahun 2008," jelas badan itu.

Oleh yang demikian KPRU menyarankan, selain daripada memberi tumpuan kepada pelaksanaan gaji minima, dasar lain juga harus dipertimbangkan dalam memperkukuh hak dan kebajikan pekerja supaya taraf kehidupan pekerja dan mutu kerja dapat dipertingkatkan secara keseluruhannya.
Sebagai titik tolak baru pasca PRU-12, cadangan berikut wajar diberikan pertimbangan oleh pemerintah sebagai ”pakej gaji minimum”:

* Hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

* Penubuhan Dana Penamatan Kerja;
Pengenalan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

*Pengenalan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.

(SuaraKeadilan)

3 comments:

Anonymous said...

betul tu ...perjuangan utk melihat kan pegajian naik atau sejajar dgn keadaan masa zaman sekarang tak akan sampai bila2 jika rasuah hidup masih berjalan..

Anonymous said...

dulu kan masa itu jabatan sumber manusia buat umum kan nak temuduga staff hotel..ingat kan jadi tiba2 je tak muncul2 muka pegawainye..rakyat bayangkan masih ada gaji rm 390.oo
di tecnikal side..???

Anonymous said...

motel desa k.terenggganu

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA