" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 October 2010

PKR Akan Bertanding Di Batu Sapi

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di Parlimen Batu Sapi selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat minggu lalu.

Menurut Anwar, keputusan dibuat memandangkan kerusi Batu Sapi itu asalnya merupakan milik PKR pada pilihan raya 2008 lalu. Namun PKR gagal meletakkan calon ekoran berlaku masalah teknikal.

"Pakatan rakyat di Sabah telah bertemu dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili kami dalam pilihan raya ini," katanya yang juga Ketua Umum PKR.


Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (SAPP) yang turut berminat meletakkan calon, Anwar berharap parti itu akan memberi laluan bagi mengelakkan pertembungan dalam melawan Barisan Nasional (BN).

"Saya lebih memilih pertandingan satu lawan satu dengan BN dan saya berharap SAPP akan memberi laluan," katanya.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee sebelum ini mengumumkan parti itu akan bertanding di Batu Sapi.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mewakili BN dalam pilihan raya Batu Sapi.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

(FreeMalaysiaToday)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA