" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

21 October 2010

Kesatuan Parlimen Antarabangsa Selar Perbicaraan Anwar Berat Sebelah

Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) menyelar cara proses perbicaraan konspirasi kedua Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijalankan.

Berasaskan laporan 24 mukasurat yang dikemukakan oleh peguam pemerhati Queens Counsel kes tersebut, Mark Trowell, yang mengikuti perbicaraan berkenaan diserahkan kepada Jawatankuasa Parlimen Hak Asasi Manusia, IPU mengambil ketetapan resolusi bahawa kes pendakwaan telah dikompromi dengan prosedur yang tidak mengikut peraturan.

IPU, yang memberikan tumpuan sepenuhnya memantau kes pendakwaan tersebut sebulat suara menetapkan resolusi bahawa terdapat banyak kesalahan serta kecacatan dalam pelaksanaan pendakwaan yang dilakukan serta terdapat persoalan unsur pengumpulan bukti yang diselubungi kemusykilan.


Resolusi itu turut menyebut, " Trowel menyediakan analisis terperinci persoalan ini dan mencapai kesimpulan bahawa 'memandangkan kes pendakwa telah tercemar, kepentingan awam akan memberikan justifikasi untuk menghentikan pelaksanaan pendakwaan tersebut.

"Ia juga mengambil kira pandangan delegasi dari Malaysia, yakni mereka tidak mengambil kira kepentingan mangsa (Anwar) untuk mendapatkan keadilan," sebut resolusi itu lagi.

Difahamkan, delegasi Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Pelbagai persoalan telah ditimbulkan berikutan kehadiran Wee dalam delegasi di IPU memandangkan seperti menurut peguam Anwar yang mendedahkan bahawa satu perbicaraan saman malu oleh ahli Parlimen Permatang Pauh terbabit terhadap Wee sedang berjalan di mahkamah.

"Kehadiran beliau (Wee) mewakili Ahli-ahli Parlimen Malaysia sememangnya dipersoalkan memandangkan beliau tidak menyatakan tujuannya ke IPU kerana beliau sedang menghadapi saman malu yang dikenakan terhadap beliau," kata Sankara lagi

Dalam pada itu, IPU mengesahkan kesimpulan yang dirumuskan oleh Trowell berdasarkan butiran keadaan-keadaan yang berlaku ketika perbicaraan pendakwaan kes tersebut

IPU juga,pada April lalu, dalam resolusi yang diambil mendakwa kes pendakwaan berkenaan dipenuhi dengan kecacatan dan ia juga mengiktirafkan bahawa satu kesimbangan perlu antara kepentingan si pengadu dan juga yang dituduh, namuun mennyifatkan bahawa dalam keadaan ini, ia tidak dapat memenuhi kepentingan keadilan untuk meneruskan kes pendakwaan yang diselubungi dengan ketidakadilan terhadap hak yang dituduh.

Trowell dalam laporannya menggariskan kepincangan yang menghantui perbicaraan Datuk Seri Anwar, antaranya:

- pengaduan salah laku berkenaan dibuat terhadap ketua pembangkang ketika beliau baru kembali dalam arena politik;

- Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan's telah menemui Timbalan Perdana Menteri dan seorang pegawai polis berppangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan sebelum membuat laporan aduan;

- hakikat bahawa peguam negara (Abdul Gani Patail), pendakwaraya utama kes perbicaraan tersebut telah terbabit dalam kes terkini dan jugga beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan memalsukan bukti.

- penolakansemua permohonan peguambela secara sistematik untuk mendapatkan laporan bukti pendakwaan yang diperlukan untuk tujuan pembelaan dalam perbicaraan dan

- perhubungan yang terjalin antara ahli pasukan pendakwa Farah Azlina Latif dan pengadu, Saiful yang diterima sebagai benar oleh mahkamah tinggi.

Resolusi yang dibuat oleh IPU juga menyebut Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, telah menolak permohonan pasukan peguambela untuk membatalkan pendakwaan terhadap tertuduh berikutan dakwaan perhubunga sulit antara Farah dan Saiful.

Ia juga menyeru supaya pasukan peguambela diberikan layanan yang sama seperti pasukan pendakwa yang merupakan elemen penting keadilan sesuatu perbicaraan yang sedang dijalankan dan akan menyebabkan penghakiman yang dibuat oleh mahkamah berkeaan akan pincang jika kesamaan itu gagal dilaksanakan.

Selain daripada itu, IPU juga menggesa Malaysia menghormati Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang dianggotai oleh negara berkenaan dan menegakkan usaha melindungi hak asasi manusia.

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA