" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 October 2010

Ahmadinejad Mendapat Sambutan 'Luar Biasa' Di Lubnan

Ahmadinejad hari ini di sambut dengan begitu meriah sekali oleh mahasiswa di kampus Universiti Lubnan di mana beliau telah menerima anugerah doktor kehormat. Lagu kebangsaan Lubnan dan Iran dimainkan di dewan Universiti berkenaan. Dalam ucapan beliau berkata,
foto: Al Manar

"Kami percaya bahawa ilmu pengetahuan akan mewujudkan keamanan, cinta dan persaudaraan kepada umat manusia.

"Tenaga nuklear mampu memberi manfaat kemanusiaan dan kami percaya ianya boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam 16 katogori yang berbeza. Namun, Amerika menggunakan teknologi ini untuk menghasilkan bom.


"Walau bagaimanapun, kami masih mengadakan pertemuan dengan Barat. Mereka bertegas bahawa mungkin di lain masa ataupun 10 tahun lagi mereka akan bersetuju dengan pendirian kita. Namun, dalam masa yang sama, mereka menggunakan teknologi ini untuk tujuan mereka sendiri.

"jika Lubnan mempunyai dua atau tiga reaktor penjanaan tenaga nuklear, kos tenaga di Lubnan akan menjadi salah satu dari tujuh yang ada sekarang. Hari ini, untuk memajukan tenaga nuklear di Lubnan, anda perlu mendapat kelulusan daripada Barat kerana mereka ingin monopoli teknologi ini.

"Apa yang telah mereka lakukan di Afghanistan? Mereka berjaya menawan Afghanistan hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Apa yang mereka telah lakukan dalam masa 9 tahun sejak itu?

"Adakah anda masih ingat semasa tentera Amerika membunuh 100 orang penduduk di satu majlis perkahwinan di sana? Mereka mengebom seluruh perkampungan. Kami bertanya, kenapa? Mereka menjawab, 'ada pengganas di sana'.

"Para sarjana agama ciptaan ilahi boleh meletakkan cabaran utama yang dihadapi masyarakat manusia dalam agenda untuk mencari ... penyelesaian kepada mereka.

"Semua agama ciptaan ilahi merupakan panduan kepada umat manusia untuk kemakmuran dan mengundang masyarakat manusia dengan tauhid, keadilan dan persahabatan".

Beliau juga menyeru supaya mengadakan dialog antara agama yang berbeza. Masaalah utama dunia pada masa ini adalah berpunca dari kelalaian terhadap nilai-nilai kemanusiaan.

Beliau juga memuji semangat perjuangan Lubnan dan berharap supaya Lubnan berjaya menjadi model teladan persatuan.

Pada penghujung majlis berkenaan, Universiti Lubnan memberi penganugerahan kepada Ahmadinejad dengan gelaran doktor kehormat dalam ilmu politik.

Selepas itu, perjumpaan dengan pimpinan kerajaan Lubnan di adakan. Dan yang menarik sekali, lautan manusia telah bersama-sama dengan mereka dalam perhimpunan raksasa yang luar biasa yang 'menggerunkan' Dajjal Zionis..!!!

Apakah Ahmadinejad lah 'HERO kita' yang akan mengetuai armada perang kita untuk melanyak Dajjal Zionis dan yang sewaktu dengannya? Jawapan kepada persoalan ini sudah hampir tiba...

sumber: Al Manar

2 comments:

naza said...

Saya tertarik akan perenggan terakhir tersebut. Apakah Ahmadinejad HERO kita utk mengetuai perang menentang zionis?? Persoalan saya, ahmadinejad - imam mahdi?? Lanjutan persoalan ialah syiah benar, sunnah salah?? Kerna dari 73 jalan, hanya satu yg sampai destinasi dan apakah jalan itu syiah (maksud syiah dlm bahasa ialah pengikut).

Anonymous said...

Saya berpendapat yang sama. Ahmadinejad mempunyai banyak tanda persamaan dgn imam mahdi.CUMA SATU LAGI-MEMERINTAH DUNIA. Shiah atau sunni lebih kepada perbezaan politik. ALLah akan mengadili kita mengikut amalan masing-masing.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA