" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 October 2010

Keputusan Tidak Rasmi: Zaid Terus Mendahului

PETALING JAYA: Persaingan jawatan timbalan presiden semakin hangat apabila Naib Presiden PKR Azmin Ali merapatkan jurang dengan pesaing terdekat yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dengan hanya perbezaan undi sebanyak 144 undi.

Zaid masih mendahului senarai calon timbalan presiden dengan memperoleh 1,454 undi manakala Azmin 1,310 undi.

Keputusan tidak rasmi ini diterima daripada Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Katanya, seorang lagi calon timbalan presiden Musataffa Kamil Ayub memperoleh 495 undi.

Kelantan Bercuti Hari Ini Sempena Kemenangan Semalam

Buat pertama kalinya Kelantan muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan itu turut menebus kekalahan musim lalu yang tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan yang juga pada saingan akhir.

Sempena kemenangan, hari ini Kelantan telah diumumkan cuti. Pengumuman telah di buat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Bukit Jalil selepas menyaksikan sendiri detik bersejarah semalam.

Beliau yang mewakili TGNA juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain. PRO REFORM mengucapkan syabas... Klate sememenyoo.... buleh...!!!

30 October 2010

Anwar Minta Rakyat Batu Sapi Cipta Sejarah

SANDAKAN 30 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa mesej jelas kepada rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi supaya segara membuat perubahan yang kritikal dalam usaha Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bercakap kepada pengundi di Dewan Serbaguna Tadika Tai Tong malam tadi, Anwar menegaskan seperti rakyat Sibu, Sarawak yang menolak Barisan Nasional pada pilihan raya kecil padsa Mei lalu, pengundi Batu Sapi juga mampu menghantar mesej yang terang kepada BN bahawa rakyat di kawasan parlimen ini juga menolak mereka.

"Pemimpin Umno dan BN sombong dan bongkak dan mereka tidak membela rakyat yang miskin. Balak mereka ambil , hasil minyal mereka sapu, tanah rakyat mereka rampas. Apa yanb rakyat dapat, mereka terus miskin, hidup melarat dan menjadi kuli dan hamba kepada tauke-tauke kaya.

AMK Melaka Anjur 'Roadshow' Bantah Perobohan PASTI Dan Surau

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Melaka, Mohd Hairiz Nordin berkata, pihaknya akan mengadakan siri kempen dan ceramah penerangan di seluruh negeri Melaka bagi membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bakal merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bukit Katil.

"Tanah di Kampung Bukit Katil itu adalah tanah wakaf dan tanah persendirian. Bukan hanya ada PASTI dan Surau Kampung Bukit Katil, tetapi di dalam tanah tersebut ada kira-kira 40 buah rumah," katanya kepada TV Selangor.

"Kebanyakan penduduk tak berpuashati kerana tidak ada perbincangan dan dialog dilakukan bersama penduduk kampung. Pampasan yang ditawarkan juga tidak munasabah," tambahnya.

Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil ‘Kuasai’ Perak

UPDATE: 9.30 pm Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang ketinggalan pada hari pertama pengundian pemilihan pusat PKR semalam — di bawah sistem pemilihan langsung — mula mendekatkan jurang undi bagi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh sokongan besar di Perak.

Sebanyak sembilan cabang melangsungkan pemilihan di Perak hari ini — pada hari kedua pengundian. “Nampaknya pengundian hari ini campur-campur dengan Mustaffa dapat undi dalam jumlah yang banyak di Perak,” kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider.

Misalnya di Bagan Serai, Mustaffa mendapat 217 undi manakala Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing dapat 22 dan 27 undi. Pada hari pertama semalam Zaid kuasai pengundian dengan Azmin di tempat kedua.

Tidak Rasmi: Zaid Menang Hari Pertama Majoriti Lebih 100 Undi

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga jam 11.00 malam tadi menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim sedang mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dengan lebih 100 undi.

Sembilan cabang - Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu – mengadakan mesyuarat semalam. Pasir Mas yang sepatutnya diadakan semalam ditunda kerana masalah tertentu.

Manakala dalam kenyataan media, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan Dr Molly Cheah masih kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.

FOTO KESEDARAN 29 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto

29 October 2010

Gunung Merapi Berdentum Lagi

Gambar: AFP
Gunung Gunung Merapi telah mula berdentum dan memuntahkan awan abu dan lava lagi, setelah mengorbankan lebih dari 30 orang. Tidak ada laporan tentang mangsa terbaru atau kerosakan. Namun, lebih ramai penduduk yang tinggal sekitar lereng telah di pindahkan. Manakala zon bahaya di perluaskan lagi dari 8 hingga 10 kilometer.

VIDEO KESEDARAN 28 OCTOBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

28 October 2010

Jadual Kempen DSAI Di DUN Galas

28 Oktober 2010 (Khamis)
Kempen Perdana 1
Jam: 9.00-12.00 Malam
Lokasi: UPU Sungai Terah (Padang Bola Sungai Terah)
Penceramah:
1. YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
2. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
3. YAB Lim Guan Eng

Kempen Perdana 2
Jam: 9.00 – 12.00 Malam
Lokasi: UPU Pulai
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Dato’ Husam Musa

FOTO KESEDARAN 27 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

untuk sambungan foto sila klik

27 October 2010

VIDEO KESEDARAN - Gunung Berapi

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk video

FOTO KESEDARAN 26 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

untuk sambungan foto sila klik

Perkembangan Gempa Bumi Di Indonesia

TERKINI: 01:22:35 PM


Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut.

Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu.

Gempa Bumi Terkini 27 Oktober 2010

UPDATE: 1.30 PM

Tarikh
Masa
(Waktu Tempatan)
 Lokasi
Latitud     
Longitud
Magnitud
(Skala Richter)
Kategori
Jarak
 27/10/10
 12.33 ptg
 Barat Daya Sumatera, Indonesia
 3.5°S
 99.6°T
 4.9
 Lemah
 254km Tenggara Siberut,Indonesia. 712km Barat Daya Melaka
 27/10/10
 8.03 pg
 Barat Daya Sumatera,Indonesia 
 3.9°S
 98.9°T
 5.0
 Sederhana
 284km Selatan Siberut,Indonesia.783km Barat daya Melaka.
 27/10/10
7.45 pg 
 Selatan Sumatera,Indonesia
 2.4°S
 99.5°T
 5.6
Sederhana 
134km dari Tenggara Siberut,Indonesia. 609km dari Barat Daya Melaka.
 27/10/10
 7.09 pg
 Barat Daya Sumatera,Indonesia 
 3.7°S 
99.6°T 
 4.9
 Lemah
275km dari Tenggara Siberut,Indonesia. 727km dari Barat Daya Melaka.
 27/10/10
 3.40 pg
Barat Daya Sumatera,Indonesia 
3.6°S 
99.5°T 
 5.3
 Sederhana
301km dari Barat Bengkulu,Indonesia. 721km dari Barat Daya Melaka. 


Jabatan Meteorologi Malaysia

Letusan Gunung Merapi

YOGYAKARTA — Letusan Gunung Merapi petang semalam mula meragut korban dengan sekurang-kurangnya satu kematian, selain mencederakan sejumlah mangsa dengan luka melecur di muka dan badan.

Stesen televisyen swasta MetroTV menyiarkan gambar paramedik berusaha menyelamatkan bayi berusia sekitar tiga bulan dengan alat bantuan pernafasan.

“Keadaan pernafasan bayi ketika datang ke hospital memang sudah parah, diperkirakan memang sudah meninggal di perjalanan,” kata Dr Sasongko yang bertugas di Hospital Umum Daerah Muntilan, Jawa Tengah.

26 October 2010

Perkembangan Galas dan Batu Sapi

TERKINI @ 10:37:21 AM 26-10-2010
- TheMalaysiasnInsider

GUA MUSANG, 26 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan hanya dua orang — dari Barisan Nasional dan PAS mengemukakan borang penamaan calon pagi ini.

Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini. Kini proses penamaan calon dibuka untuk bantahan. Ia akan berakhir 11 pagi.

Dalam pada itu, pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi juga tidak menyaksikan sebarang perubahan dengan hanya tiga orang memfailkan borang penamanaan calon di Dewan Komuniti Sandakan.

BN diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan peguam Ansari Abdullah.

MENYUSUL LAGI

Penamaan Calon 2 PRK Serentak Hari Ini

KUALA LUMPUR — Pilihan raya kecil serentak buat kali kedua sejak 8 Mac 2008 berlangsung hari ini dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) turun untuk merampas kerusi tambahan untuk parti masing-masing — DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.

Kedua-dua BN dan PR meletakkan calon masing-masing meskipun menyedari ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri dan pusat. Sebaliknya ia dilihat mahu membawa kemenangan moral masing-masing menjelang pilihan raya umum ke-13.

Negara menyaksikan tiga pilihan raya kecil serentak awal tahun lalu — masing-masing dua di Semenanjung dan satu di Sarawak. Apa yang menarik sebuah parti komponen BN yang keluar perikatan itu akhir 2008 juga turun buat kali pertama sebagai pesaing. Parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.

25 October 2010

Gunung Merapi Tunggu Masa Meletus

JAKARTA — Kesemua 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren atau institusi agama di Secang, Magelang
Gunung Merapi. - Gambar Reuters
dipindahkan ke Solo hari ini sebagai langkah menghindarkan mereka daripada kesan debu Gunung Merapi, yang dijangka meletus bila-bila masa.

Pakar-pakar menjangka, letusan kali ini akan lebih besar daripada yang terakhir berlaku pada tahun 2006.

Pemindahan pelajar Malaysia terbabit dilakukan berikutan peningkatan status amaran oleh pihak berkuasa Indonesia ke tahap awas, iaitu status amaran tertinggi yang mengehendaki semua penduduk di sekitar kaki gunung berapi paling aktif di dunia itu, berpindah ke kawasan selamat.

Program DSAI Di Galas

Jadual Kempen Dato’ Seri Anwar Ibrahim di DUN Galas

26 Oktober 2010
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1
Lokasi : Padang Bola Kampong Kerinting, Gua Musang
Penceramah:
1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Dato’ Seri TG Haji Hadi Awang
3) YB Sallehudin Ayub
4) YB Dato’ Nasaruddin Daud
5) Lain-lain Pimpinan Pakatan Rakyat

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2
Lokasi : Peti Undi Kampong Baru, Gua Musang
Penceramah :
1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Dato’ Seri TG Haji Hadi Awang
3) YB Sallehudin Ayub
4) YB Dato’ Nasaruddin Daud
5) Lain-lain Pimpinan Pakatan Rakyat

IFF: Ulama Muda Umno Keliru- Nasaruddin Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawi menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru.

Dakwanya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan, kerana yang pertama beliau menyedari dan mengetahui bahawa perkara itu adalah mungkar dan maksiat.

"Fathul mendakwa yang bersalah adalah penganjur dan Rosmah hanyalah penaung sahaja. Saya rasa beliaupun keliru dengan ucapannya sendiri. Sebagai seorang yang berilmu sudah tentu beliau menyedari pelaku dan penaung maksiat adalah sama. Sebab disana ada unsur subahat. Terutama penaung itu adalah pemimpin yang bergelar 'first lady' dalam negara.(meminjam Istilah yang didakwa Rosmah)," katanya.

23 October 2010

Agenda Sulit UMNO Aibkan Ku Li di Pilihanraya Galas?

UMNO mempunyai agenda tersembunyi melantik Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Umno-BN bagi pilihanraya kecil Galas dan ia berkait rapat dengan budaya menabur fitnah peribadi yang sinonim dengan parti berkenaan.

Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata UMNO tidak ubah seperti talam dua muka yang cenderong kearah kepura-puraan.

Beliau berkata, dalam pada UMNO sendiri menyerang dengan menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap calon PAS bagi pilihanraya kecil Galas, Dr Zulkefli Mohamad, perkara yang sama juga mungkin ditujukan kepada Ku Li oleh UMNO sendiri.

FOTO KESEDARAN 22 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto

22 October 2010

Demi Kuasa, Umno Kelantan Tergamak Hina Nik Aziz

Oleh: Ahmad Albab

Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO. Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”

Galas: Dr Zulkefli Calon PAS

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

21 October 2010

Kesatuan Parlimen Antarabangsa Selar Perbicaraan Anwar Berat Sebelah

Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) menyelar cara proses perbicaraan konspirasi kedua Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijalankan.

Berasaskan laporan 24 mukasurat yang dikemukakan oleh peguam pemerhati Queens Counsel kes tersebut, Mark Trowell, yang mengikuti perbicaraan berkenaan diserahkan kepada Jawatankuasa Parlimen Hak Asasi Manusia, IPU mengambil ketetapan resolusi bahawa kes pendakwaan telah dikompromi dengan prosedur yang tidak mengikut peraturan.

IPU, yang memberikan tumpuan sepenuhnya memantau kes pendakwaan tersebut sebulat suara menetapkan resolusi bahawa terdapat banyak kesalahan serta kecacatan dalam pelaksanaan pendakwaan yang dilakukan serta terdapat persoalan unsur pengumpulan bukti yang diselubungi kemusykilan.

TV3 Di Denda RM50,000 Ekoran Iklan Kontroversi

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SMKM) mengenakan kompaun maksimum RM50,000 terhadap TV3 ekoran siaran iklan kontroversi Hari Raya Aidilfitri hingga menimbulkan kemarahan masyarakat Islam.

Ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Bharu), Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Joseph Salang Gandum memberitahu Dewan Rakyat pagi ini bahawa perkara ini telah disiasat di bawah Seksyen 206 (3) Akta SMKM kerana "menghasut dan menghina" orang-orang Islam.

19 October 2010

Mahkamah Lawat Lokasi Aminul Ditembak

Hakim dan peguam yang terbabit dengan perbicaraan kematian remaja 15 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis, hari ini melawat tempat kejadian di Seksyen 11, Shah Alam. Saksi, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin hari ini memberi keterangannya di Jalan Tarian 11/2, di mana kereta yang dipandu oleh remaja itu terbabas dan berlanggar selepas dia ditembak oleh polis yang mengejarnya.

Zafrullah, tinggal di hadapan jalan yang mana kereta Iswara berkenaan terbabas. Beliau sebelum itu memberi keterangan bahawa dia terdengar bunyi tembakan dan siren sekitar jam 1.30 pagi pada 26 April. Katanya, dia kemudian ternampak kereta itu berlanggar daripada tingkap rumahnay itu.

Pada keterangan hari ini, Zafrullah berkata dia ternampak seseorang - dipercayai Azamuddin Omar, 15, yang juga berada di kereta bersama si mati - yang berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2, kira-kira 25 khaki dari Iswara tersebut.

PKR Akan Bertanding Di Batu Sapi

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di Parlimen Batu Sapi selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat minggu lalu.

Menurut Anwar, keputusan dibuat memandangkan kerusi Batu Sapi itu asalnya merupakan milik PKR pada pilihan raya 2008 lalu. Namun PKR gagal meletakkan calon ekoran berlaku masalah teknikal.

"Pakatan rakyat di Sabah telah bertemu dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili kami dalam pilihan raya ini," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

18 October 2010

Kenyataan Akhbar JMM Ekoran Gempa Bumi Di Sabah

KENYATAAN AKHBAR
(Dikeluarkan pada : 5.05 pagi, 18 Oktober 2010)

Gempa Bumi Lemah di Tawau, Sabah
pada 4.37 pagi, 18 Oktober 2010

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.8 pada skala Richter
telah berlaku di Tawau, Sabah pada jam 4.37 pagi, 18
Oktober 2010. Pusat gempa tersebut terletak di latitud 4.4
Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu 8 km dari barat laut
Tawau, Sabah.

Gegaran lemah dirasai disekitar Tawau
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau
perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

17 October 2010

Pemilihan PKR: "Azmin Ali Untuk Semua"

12 tahun sejak gerakan Reformasi, Azmin Ali disifatkan tidak lebih sebagai pengikut setia bosnya, Anwar Ibrahim.  Azmin bukan Ezam yang hebat berpidato sehingga membakar emosi orang muda; Azmin tidak terserlah seperti Tian Chua apabila turun ke jalan raya; Azmin tidak memiliki otak Khalid Jaafar yang sarat dengan falsafah; malah Azmin gagal menandingi kepakaran Khalid Ibrahim dalam dunia korporat.

12 tahun Azmin Ali berada dalam gerakan Reformasi, tetapi kemungkinan Azmin Ali untuk berpaling tadah tidak pernah mencecah ke paras sifar. Persepsi terhadap Azmin Ali di media sentiasa negatif.

Beliau dituduh cuba merampas kedudukan Timbalan Presiden daripada Syed Husin Ali; beliau disyaki berkomplot untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor; beliau dituduh menghina kaum India; beliau dikatakan tidak disenangi anggota PKR Sabah dan Sarawak...

T Junction, Bukan ‘U Turn’ – Shamsul Iskandar

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: "Ini bukan ‘U turn’ tetapi sampai ke ‘T Junction’. Ambil ke kanan boleh, ke kiri pun boleh. Oleh itu saya memilih untuk ke kanan iaitu memilih bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan ke kiri – Naib Presiden".

Demikian kata calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menepis laporan beberapa akhbar sebelum ini yang melabel beliau sebagai ‘Mr U turn’ apabila menukar pendirian daripada bertanding jawatan Naib Presiden kepada Ketua AMK.

"Saya tidak menyalahkan mereka (media) kerana pada saya itu tafsiran. Ketika saya mengumumkan kira-kira sebulan lalu untuk meminta rakan-rakan memberikan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, itu dibuat dengan hati yang cukup jelas.

16 October 2010

FOTO KESEDARAN 15 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk foto

VIDEO HIMPUNAN UMAT MANUSIA

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

15 October 2010

Video Perhimpunan Bersejarah Ahmadinejad Di Lubnan

Pada hari kedua lawatan bersejarah Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke Selatan Lubnan telah menimbulkan ketakutan kepada Rejim Zionis dan memaksa mereka untuk membuat 'pemantauan rapi'.

Mengikut laporan media di sana, Rejim Zionis telah meningkatkan kawalan dan dalam keadaan siap sedia berhampiran sempadan dengan wilayah Palestin yang mereka telah rampas. Mereka telah menghantar pasukan bantuan ke pos-pos mereka di sana.

Dibawah ini saya sertakan ringkasan rakaman video perhimpunan raksasa pada sebelah malam sempena lawatan penuh bersejarah Ahmadinejad di sana.

klik untuk video yang di maksudkan

Ahmadinejad Mendapat Sambutan 'Luar Biasa' Di Lubnan

Ahmadinejad hari ini di sambut dengan begitu meriah sekali oleh mahasiswa di kampus Universiti Lubnan di mana beliau telah menerima anugerah doktor kehormat. Lagu kebangsaan Lubnan dan Iran dimainkan di dewan Universiti berkenaan. Dalam ucapan beliau berkata,
foto: Al Manar

"Kami percaya bahawa ilmu pengetahuan akan mewujudkan keamanan, cinta dan persaudaraan kepada umat manusia.

"Tenaga nuklear mampu memberi manfaat kemanusiaan dan kami percaya ianya boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam 16 katogori yang berbeza. Namun, Amerika menggunakan teknologi ini untuk menghasilkan bom.

13 October 2010

FOTO KESEDARAN 12 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto-foto

Perkembangan Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI

Pasukan Pembelaan Mungkin Kemuka Permohonan Menghina Mahkamah Terhadap Rahimi Esok

SHAH ALAM 13 Okt - Pasukan pembelaan dalam perbicaraan Fitnah II mungkin akan membuat permohonan subjudis terhadap bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mahkamah esok bagi berhubung laporan polis yang dibuatnya mengenai penafian ke atas dua akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008.

Peguambela, Sankara Nair dalam emel kepada Suara Keadilan berkata langkah itu susulan daripada kenyataan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dan beliau sendiri mengenai perkara tersebut.

Chegu Bard Umum Bertanding Ketua AMK

Oleh Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Mohd Rafizi Ramli.

Perkara itu diumumkan beliau secara rasminya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini. Sehubungan itu, beliau turut menampilkan bergunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK.

Manakala bagi jawatan Naib Ketua AMK pula beliau mempertaruhkan Ketua AMK Perak yang juga Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Cabang Keningau Dr Nicholas Guntobon .

11 October 2010

Galas: Ku Li Diramal Tolak Pencalonan

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Walaupun masih belum jelas siapa calon terbaik Umno, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dengan yakin meramalkan bahawa Razaleigh Hamzah akan menolak, jika beliau dicalonkan.

Ini kerana putera Kelantan itu telah menerima jawatan pengarah jentera pilihan raya. Secara tradisi, kata Kamaruddin, pengarah pilihan raya pada masa yang sama tidak akan menjadi calon.

"Kekecewaannya sebagai pengarah pilihan raya Galas memberi isyarat jelas bahawa beliau akan menolak pencalonan. Pada kebiasaannya, pengarah pilihan raya tidak akan dipilih sebagai calon," kata pemimpin PAS itu.

UMNO Mahu Jatuhkan Ku Li

GUA MUSANG – UMNO disifatkan parti yang tidak mempunyai dasar apabila sanggup memilih calon yang hanya boleh menang dalam pilihan raya sahaja tanpa memikirkan ia mampu mengabaikan prinsip parti.

Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hasan berkata, Pas tidak menyentuh soal calon memandangkan semua layak untuk menjadi calon sama ada mereka Orang Asli, Cina mahu pun India.

Menurutnya, terdapat banyak pihak berpendapat Pas takut dengan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ditambah desas desus yang mengaitkan beliau akan dicalonkan.

10 October 2010

Umno-BN Kini Berpura-pura Jadi Pejuang Dasar Gaji Minima

SHAH ALAM 10 Okt - Umno-Barisan Nasional tidak pernah serius ataupun berhajat untuk melaksanakan dasar gaji minimaan setelah kalah besar pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Menurut Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU), sebuah pusat kajian yang bebas, pendirian kerajaan berubah secara drastik pasca 8 Mac 2008 dan kini menonjolkan imej ia seolah-olah ”rakan seperjuangan” para pekerja dan tidak bersabar-sabar memperkenalkan dasar gaji minimum.

Malah Pergerakan Pemuda Umno-BN juga dilihat sibuk merancang forum awam bersama MTUC bagi "memperjuangkan" pelaksanaan gaji minima, seakan-akan terlupa bahawa merekalah yang paling lantang terlibat dengan penyekatan pertumbuhan gaji dan penambahbaikan kebajikan pekerja selama empat dekad.

09 October 2010

VIDEO KESEDARAN KE 28 (petang 8 OCT 2010)

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

MP BN Batu Sapi Maut Nahas Jalan Raya

KOTA KINABALU, 9 Okt — Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong dari PBS-BN meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu hari ini. Mendiang berusia 54 tahun yang memenangi kerusi itu tanpa cabaran pada 2004 mengekalkannya dua tahun lalu.

Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di Jalan Sembulan-Tanjung Aru membabitkan kereta Mercedez kira-kira 11.40 pagi tadi. Wakil rakyat ini meninggal dunia dua hari sebelum Parlimen dijadual bersidang.

Kematian ini turut membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-13 ketika negara bersiap sedia untuk menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan.

08 October 2010

VIDEO KESEDARAN KE 27

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

FOTO KESEDARAN 7 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto

07 October 2010

Zaid Mahu Dakwaan Rahimi Disiasat

PETALING JAYA: Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mahu siasatan dilakukan pihak berkuasa berhubung dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman yang dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah.

"Dakwaan Rahimi perlu disiasat. Ia boleh jadi benar atau tidak. Maka siasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa perlu," katanya memberi reaksi kepada sidang akhbar dibuat Rahimi semalam.

Zaid yang juga pengamal undang-undang, berkata kes dakwaan Rahimi dengan kes penyiasat persendirian P Balasubramaniam adalah sama. P Balasubramaniam mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 lalu, sebelum melarikan diri ke luar negara.

05 October 2010

FOTO KESEDARAN 4 OKTOBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk sambungan foto

04 October 2010

Selepas MATC, Pemilihan Pimpinan Pusat Jadi Tumpuan

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sudah melabuhkan tirainya semalam dan kini fokus utama membabitkan pemilihan pimpinan pusat bagi jawatan tertinggi seperti presiden, timbalan presiden, naib presiden dan majlis pimpinan pusat (MPP).

Pemilihan bagi peringkat nasional ini akan bermula hujung Oktober melibatkan beberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kira-kira 450,000 ahli sekali lagi akan menjalankan tanggungjawab mengundi bagi memilih jawatan tertinggi dalam parti itu.

03 October 2010

FOTO KESEDARAN 3 OKTOBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "
- Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto

01 October 2010

FOTO KESEDARAN 30 SEPTEMBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk foto

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA