

TGNA dengan tegas dan jelas meminta supaya Nasharudin Mat Isa (MP Bachok/Timbalan Presiden PAS) melucutkan semua jawatan jika masih mahu bercakap atau bermimpi tentang kerajaan perpaduan. Masuk UMNO, jangan jadi sampah dalam PAS. TGNA juga memberi amaran kepada pihak2 yang Pro-UG bahawa gagasan itu akan membawa perpecahan bukannya perpduan kepada parti serta PR.
Sementara itu di dalam parlimen baru2 ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini. Selepas itu, 10 MP PAS telah mengisytiharkan beramai-ramai penolakan UG dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.
Mengikut laporan Bernama, Mursyidul Am PAS TGNA akan bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di Kota Bharu pada Isnin ini (esok).
Kita hanya mampu mengharap agar pemimpin2 tertinggi PAS ini akan mencari satu penyelesaian bukan sahaja bagi meredakan, bahkan ianya 'ditutup terus' dari diperkatakan lagi. Malangnya, apa yang berlaku sebelum ini nampaknya begitu sukar untuk 'menutup terus' isu ini kerana ini bukan kali pertama ianya diperdendangkan. Cuma bezanya pada nama, namun maksudnya tetap sama.
No comments:
Post a Comment